“Keluarga dia yg lain sopan je pakaian tp yg sorang tu” – Netizen

Sharifah Sakinah merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Drama lakonan beliau yang terbaru iaitu Aku Yang Kau Gelar Isteri mendapat perhatian ekoran sifat berani beliau yang melakonkan beberapa babak mengamalkan ilmu hiitam. Bagaimanapun baru-baru ini kecoh apabila babak yang memaparkan elemen seram keterlaluan dalam drama berkenaan telahpun dipotong kerana di anggap tidak sesuai untuk tayangan umum.

Disamping aktif sebagai pelakon, beliau juga aktif dengan aktiviti mempromosi senaman menerusi media sosial. Dibawah jenama Fitness Sakinah, beliau juga kerap memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Nama beliau sering terpalit dengan beberapa kntroversi menerusi beberapa perkongsian di media sosial. Walaubagaimanapun dipercayai kontroversi yang menimpa beliau berkait rapat dengan penykit yang dihidapi oleh beliau iaitu ADHD. Sakinah mengakui, ADHD adalah penyaakit dimana membuatkan dirinya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Beliau menjadi seorang yang inginkan perhatian daripada orang sekeliling.

Baru-baru ini Sharifah Sakinah telah diundang menjadi tetamu jemputan ke rancangan komedi Warung Sepahtu. Menerusi temubual di dalam rancangan tersebut Sakinah menjelaskan mengenai penykit yang dihidapi beliau. Sharifah Sakinah mengakui beliau disahkan menghidap penyaakit tersebut setelah mengandung dan bersalin anak sulung.

Menyingkap kisah mengenai dirinya yang menghidapi penyaakit tersebut, Sharifah Sakinah berkata tujuan beliau mendedahkan kepada umum adalah untuk memberikan kesedaran awam dan pengetahuan terhadap kesan sampingan yang disebabkan oleh penyaakit itu.

Terbaru menerusi muatnaik di Instagram, Sakinah berkongsi sekeping gambar beliau bersama keluarga. Gambar yang di ambil menerusi tangkap layar Instagram story kakaknya iaitu Sharifah Shahira menunjukkan aksi dirinya bergambar sambil mengangkat kaki.

Luah Sharifah Shahira, beliau pada mulanya beranggapan gambar berkenaan sudah cukup sempurna namun tidak menyangka Sakinah merosakkan gambar tersebut apabila membuat aksi berlebihan.

Perkongsian Sakinah itu mengundang reaksi berbeza daripada para pengikut akaun Instagram beliau. Ada yang merasakan sudah menjadi lumrah dalam keluarga pasti akan ada salah seorang adik beradik yang mempunyai perangai yang berbeza.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Sakinah menerima hidayah seperti kakaknya yang kini berpurdah iaitu Sharifah Haslinda. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap gambar Sakinah.

“Contohi lah kak lin tu” – Netizen

“dlm adik brradik msti ade yg prangai pelik…” – Netizen

“is always the youngest who spoils a great picture hahaha i feel ya” – Netizen

“ya allah perangai… sebijik mcm aku “ – Netizen

“Hahhahahahah, ko patutnya angkat tinggi lagi kaki tu” – Netizen

“Kan..dalam satu family mesti banyak perangai masing2…klu tak mesti rindu…” – Netizen

“Doa yang baik2 moga dibuka pintu Hati sharifah sakinah berhijab.” – Netizen

Para pengikut Instagram Sharifah Sakinah dan peminat setia beliau pastinya sudah sedia maklum mengenai sikap selebriti tersebut yang agak gila-gila dan luar biasa setiap kali beraksi dalam lakonan mahupun kehidupan sebenar beliau.

Hidayah itu milik Allah, sebagai peminat doakan sahaja yang baik-baik buat Sakinah. Kakak beliau boleh berubah, tidak mustahil suatu hari nanti Sakinah mengikuti jejak langkah kakaknya pula.

Sumber: ig sharifah_sakinah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*