“Kecik2 dah hensem” – Netizen

Sesungguhnya pengalaman itu mendidik dan mengajar seseorang manusia untuk menjadi lebih baik dan bersyukur kepada orang tua yang menegur dan ‘memuukol’ untuk mengajar bila si anak melakukan kesaalahan. Segalanya jadi kenangan yang indah bila dikenang tatkala sudah dewasa. Itulah yang dikongsikan oleh pelakon, pengarah, penerbit, penyanyi dan komposer popular, Syamsul Yusof.

Padanlah dengan apa yang dicapai oleh anak kepada pengarah tersohor negara, Datuk Yusof Haslam. Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam hidupnya sepanjang berkerjaya seni.

Ini termasuklah pencalonannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Haarian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Sempat mengimbau zaman waktu kecilnya melalui perkongsian foto di IG nya, Syamsul berkongsi tentang pengalaman waktu kecil beliau yang terpahat dalam ingatan. Sudah tentu itu jua antara yang membentuknya seperti sekarang.

Seperti anak lain seusianya di zaman itu, imbasnya di zaman kanak-kanak, beliau pernah dilibas rotan kerana malas ngaji. Pernah juga beliau dikejar satu kampung sebab takut balik rumah dan dikejar opahnya dek perbuatannya yang memecahkan pasu kesayangan.

Agak mencuit hati tetapi ‘seraam’, pernah juga di waktu kecilnya, Syamsul berkongsi bahawa beliau bermain longkang dan lombong konon nak tangkap ikan, pernah main mercun sampai nak terbakar rumah orang, tapi menyifatkan nasib bila besar jadi good boy. Masa lalu mengajar kamu, antara coretnya.

Dalam pada itu, tak kurang ramai yang menggambarkan bahawa Syamsul yang sehingga 2018 dengan sebanyak 10 filem arahannya telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 113.5 juta, antara nya seperti Evolusi KL Drift, KL Gangster, Khurafat, Perjanjian Syaitan dan Munafik sememangnya ‘menjadi orang’.

Mana tidaknya, mana tumpahnya tuah kalau tidak ke nasi kan??? Menariknya dalam foto lama yang dikongsikan di status IG nya itu, ramai yang memberikan komen wajahnya tak banyak berubah yang mana tetap terlihat kacak dan bergaya sejak kecil. Agak copypaste wajah bapanya.

Sememangnya memori kenangan waktu kecil itu sangat indah yang tak boleh kita ulang dan tak boleh dilupakan oleh sesiapa saja. Iktibarnya di situ, sememangnya pengalamannya waktu kecillah yang membentuk seseseorang itu ketika dewasa.

Moga Syamsul terus sukses dalam hidup dan gembira bersama keluarga dan orang tersayang di samping dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya bermutu bagi mendidik masyarakat kita. Syamsul berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014  dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber : Ig Syamsul Yusof

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!