“Ke lautan dalam Erra Fazira nyanyi” – Netizen

Sudah lama kita tidak melihat Erra Fazira menyanyi di atas pentas. Kehadiran primadona Erra Fazira malam tadi semasa berlangsungnya pertandingan separuh akhir bagi program Lagu Cinta Kita mengubat rindu para peminat. Erra Fazira dan Naqiu di jemput untuk berduet menyanyikan lagu Kita Insan Biasa sebagai penutup pentas sementara menunggu keputusan akhir yang dibuat oleh juri professional.

Lagu Cinta Kita menampilkan kelainan dengan mencari pas4ngan duet yang serasi untuk memenangi pertandingan. Ianya juga salah satu cara mencari jodoh sekiranya bertemu dengan pas4ngan duet yang sesuai sebagai teman hidup.

Lagu Cinta Kita menampilkan Elly Mazlein dan Azwan Ali sebagai pengacara dan bersiaran setiap hari Ahad.

Tidak dinafikan terdapat beberapa bahagian yang terkucil sedikit dalam nyanyian Erra Fazira dek kerana sudah lama tidak beraksi di atas pentas. Erra juga menyedari kesilapan beliau apabila sempat melemparkan senyuman kepada Naqiu kerana tersalah masuk “timing” ketika menyanyi.

Namun begitu perkara tersebut tidak mencacatkan persembahan jelitawan itu dan masih mendapat reaksi positif daripada para penonton.

Menurut penyanyi kesayangan ramai ini lagi beliau sudah terlalu lama tidak menyanyi dan sangat gementar semasa di atas pentas.

Menurut Erra lagi beliau perlu melangsaikan tugasan untuk menyanyi kerana akur dengan permintaan oleh syarikat rakaman beliau.

Mengimbas kembali hubungan Erra dan Naqiu suatu masa dahulu, Erra sebenarnya adalah orang yang bertanggungjawab membawa Naqiu masuk ke dalam dunia hiburan. Erra telah lama mengenali Naqiu dan beliau merasa bangga melihat pencapaian anak didiknya Naqiu kini.

Jika suatu masa dahulu Erra yang memberikan kata-kata semangat buat Naqiu sebelum membuat persembahan kali ini keadaan tersebut berubah apabila Naqiu pula yang memberikan Erra kata-kata semangat supaya tidak terlalu ikutkan perasaan gemuruh.

Naqiu juga turut memuatnaik video duet tersebut di laman instagramnya meluahkan perasaan gembira dan teruja kerana berpeluang untuk berduet bersama dengan bekas majikannya itu. Erra Fazira merupa insan yang telah banyak menyumbang jasa kepada dirinya.

Luah Naqiu lagi bakat beliau dikesan oleh jelitawan itu pada usia 14 tahun sebelum beliau bersama kumpulan Boboy. Naqiu juga berharap agar beliau dapat bernyanyi sebuah lagu duetnya sendiri bersama dengan Erra Fazira pada masa akan datang.

Buat para peminat Erra yang sememangnya memahami bahawa idola mereka itu sudah lama tidak menyanyi merasakan bahawa suara Erra masih lagi sedap didengar dan persembahan Erra tidaklah mengecewakan.

Berikut dikongsikan beberapa komen para peminat memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka.

“still power lg suara akak, lg power bila gabung dgn naqiu. bab cantik toksah kata laa.. dri dulu lg kak erra mmg dh cantikk.. hehehe” – Netizen

“Takpe titik permulaan tu paham dah lama tak buat persembahan atas pentas live pulak tu.. moga jgn serik pulak yaa.. kata nak keluar album dah kena kuat jgn nebes2 tahun 2021 Diva EF kambali beraksi ” – Netizen

Normal untuk sesiapa sahaja jika terkucil semasa menyanyi live apabila kita sudah lama tidak menyanyi.

Buat Erra Fazira, jangan ambil hati dengan kata-kata netizen. Ramai lagi penyanyi yang pernah terkucil semasa menyanyi live.

Sumber: Instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*