“Kasihanilah ramai janda dan ibu tunggal yang memerluukan” – Netizen minta Norman Hakim berp0ligami

Bercakap mengenai soal p0ligami, tidak ramai yang terbuka untuk menyentuh isu tersebut kerana ianya merupakan satu isu yang amat sensitif terutamanya bagi kaaum wanita. Buat pelakon dan penyanyi Norman Hakim, beliau memuatnaik status di laman Instagram untuk mengulas lanjut berkenaan isu p0ligami selepas menerima mesej istimewa daripada isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Memey Suhaiza.

Ekoran watak yang dibawa olehnya dalam drama terbaru The Maid sebagai seorang lelaki yang mempunyai empat orang isteri.

Norman berkongsi bahawa isterinya Memey telah menghantar tangkap layar melalui applikasi whatsapp keratan akhbar dari Sinar Harian mengenai topik seorang suami boleh berp0ligami walau isteri tidak setuju.

Menambah rasa serba salah beliau adalah kerana kenyataan tersebut dibuat oleh rakannya sendiri.  Ujar Norman lagi walaupun isterinya itu merupakan peminat watak yang dibawakan beliau sebagai Jay dalam drama itu yang mempunyai empat isteri,

namun Norman memohon isterinya dapat membezakan antara kehidupan sebenar dan juga kehidupan di alam realiti.

Tersentuh dengan tindakan isterinya itu, Norman memberitahu pendirian beliau bahawa beliau tidak mahu menyakiti hati isterinya sekiranya isteri tidak bersetuju. Cukuplah sekadar beliau hanya melakonkan watak tersebut di dlm drama semata-mata.

Mengulas panjang lebar mengenai isu tersebut Norman juga berkongsi cerita bahawa beliau sebenarnya sebelum ini secara suka-suka pernah berbincang mengenai perihal p0ligami bersama isterinya.

Menurutnya Memey hanya melayankan sahaja perbualan itu kerana menyedari golongan ibu tunggal juga adalah antara golongan yg menjadi keutamaan Norman dalam memperjuang dan melindungi hak-hak mereka selain daripada pelajar Tahfiz.

Jujur Norman lagi beliau sendiri pernah memberikan beberapa nama sebagai calon isteri kepada Memey dan tidak menyangka Memey memberikan respon yang positif.

Walaubagaimanapun beliau tidak pernah mengambil serius gurauan tersebut kerana perihal poligami sangat subjektif. Paling utama adalah bagaimana utk melaksanakan pembahagian masa, tanggungjawab, keadilan dan kesaksamaan dalam rumahtangga.

Sekiranya poligami berlaku, Norman menetapkan syarat utama adalah dengan keizinan isterinya dan perlu tinggal sebumbung.

Oleh itu tegas Norman lagi, beliau bukanlah dalam kalangan insan yang terpilih untuk mengamalkan poligami.

Disebabkan perkongsian oleh Norman itu, rata-rata netizen menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang tidak setuju namun ada juga yg menyokong.

Malahan ada netizen yang meminta Norman supaya berpoligami untuk membantu golongan ibu tunggal yang dalam kesusahan kerana percayakan Norman mampu berlaku adil jika berkahwin lagi.  Berikut dikongsikan beberapa respon para pengikut akaun Instagram beliau terhadap isu itu.

“Walaupun undang2 dunia kata tak perlu minta izin, namun sebagai orang yg baik di sisi Allah swt tak sepatut luukakan hati isteri. Minta izin itu untuk pastikan semua rela dan tiada yg terluuka hati. Senang cerita – bayangkan jika anak perempuan kita dimadukan tanpa izinnya. Ini namanya ’empathy’.” – Netizen

“Happy birthday. Bab poligami ni tak berani nak ckp banyak sbb tak rasa mampu utk pasrah dan redha. Kalau betul suami nak, saya lagi rela undur diri dari makan hati. Harap2 tak laa kan.” – Netizen

“Makcik setuju je isu nie asalkan yg nk poligami tu bukan laki makcik” – netizen

“Lelaki yang baik akan memikirkan perasaan isterinya” – Netizen

“Tera segak macam Abby Abadi pun diduakan..apatah lagi tera Memey Suhaiza nih. Sejarah dan peristiwa boleh berulang oii..setakat dalam cerita The Maid tu apalah sangat kan..Real life drama taktau lagi oii..sekali Allah bolak balik kan hati..jadi apa pun taktau la..” – Netizen

Melihat hubungan kekeluargaan antara beliau dan bekas isteri Abby, ramai yang menjadikan keharmonian keluarga mereka sebagai inspirasi.

Norman sememangnya mempunyai ciri-ciri dan “value” sebagai seorang suami yang mithali. Jika beliau mampu berlaku adil dan mampu dari segi kewangan mungkin beliau boleh realisasikan hasrat tersebut. Yang penting Memey bagi green light.

Sumber: ig normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*