“Kamu betul, dia berbakat besar, bro!” – Alif Satar dipuji selamatkan Sherry selepas terima komen sindiran Mark Adam

Penyanyi dan pelawak Mark Adam menerima kcaman apabila komen dan gurauannya terhadap pengacara Sherry Alhadad ketika konsert Big Stage malam Ahad dianggap keterlaluan dan mempersendakan fizikal wanita itu. Mark selaku juri jemputan pada program berkenaan memberi ulasan terhadap peserta program berkenaan iaitu Chaleeda Gilbert sebagai berpeluang besar turut mengaitkan bentuk badan Sherry.

“This opportunity is big you see. Even the host is big (Peluang ini sangat besar, malah hos pun besar)” ujar Mark.

Bagaimanapun, Alif Satar yang turut menjadi hos pada program itu menyelamatkan keadaan dengan berkata, rakan seperjuangannya itu berbakat besar.

“Kamu betul, dia berbakat besar, bro” ujar Aliff.

Sherry dilihat terkejut dengan kenyataan Mark Adam.

Klip video berdurasi 28 saat itu menjadi tular dan menjadi perdebatan di laman sosial sehingga nama tiga selebriti ini menjadi trending di Twitter pada Isnin.

Rata-rata netizen menganggap gurauan penyanyi lagu Si Katak itu tidak kelakar sebaliknya bersifat body shaming.

“Saya tak faham mengapa kamu semua anggap Mark Adam sebagai kelakar? Dia tidak sepatutnya cakap begitu.

“Kalau aku jadi Sherry dah baling dah mikrofon itu, hormaatilah kami yang sasa (besar) ni ya. Bukan main Mark Adam ni,” ujar netizen.

Segeelintir netizen pula memuji tindakan pantas Alif yang cuba meredakan keadaan selepas air muka Sherry kelihatan sedikit berubah.

“Respek gila dekat Alif Satar sebab dia tak pernah body shaming badan Sherry walaupun selalu bekerjasama sebagai pasaangan hos” ujar netizen.

Sementara itu, Sherry Alhadad ketika dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, berkata, dia bagaimanapun menghormaati Mark yang merupakan rakan industri yang sudah lama dikenalinya.

“Kalau boleh saya tak mahu mengulas mengenai perkara ini sebab saya taknak ia menjadi besar.

“Mark adalah kawan saya… Lagipun benda sama pernah jadi sebelum ini. Jadi saya tak mahu cakap apa-apa mengenainya.

“Orang-orang dalam industri mereka semua adalah kawan saya. Jadi saya menghormaati mereka,” ujarnya.

Program Big Stage musim kedua bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad.

Sementar itu, penyanyi dan pelawak Mark Adam memberitahu peminat akan terkejut melihat lakonannya dalam filem aksi komedi Hero yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Ini kerana kata Mark, filem arahan Azizi Chunk Adnan itu bakal memperlihatkan dia banyak melakukan babak aksi mendebarkan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

“Mungkin sebelum ini peminat mengenali saya sebagai pelakon komedi tetapi orang akan terkejut nanti apabila melihat penampilan saya dalam filem Hero.

“Jujurnya saya sendiri pun terkejut dengan aksi-aksi yang saya lakukan dalam filem ini kerana ia pengalaman pertama saya berlakon dalam filem genre sepert ini,” katanya.

Barisan pelakon filem Hero.

Dalam pada itu, Mark berkata, dia mengambil masa selama seminggu untuk mempelajari gerakan pertarungan daripada pakar disediakan oleh pihak produksi.

“Seminggu saya ambil masa belajar teknik bertarung memandangkan ini kali pertama saya beraksi dalam filem ini.

“Ketika penggambaran cedera itu biasa tetapi tidaklah teruk dan ia perkara biasa apabila melakukan babak aksi,” ujarnya.

Sementara itu, Mark berkata, dia teruja berlakon dalam Hero kerana dia diberi kepercayaan untuk memegang watak utama disamping aktor Hisyam Hamid.

Malah kata penyanyi lagu Pencuri itu, menerusi filem itu juga dia dapat memahami selok-belok bidang pekerjaan anggota bomba yang jarang diketengahkan.

“Saya jujurnya teruja kerana Hero adalah filem pertama saya pegang watak utama dan saya terima pun bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang menarik tetapi saya mahu memberi pengalaman baru dalam karier saya.

“Subjek yang diketengahkan juga menarik perhatian saya yang jarang diketengahkan dan saya sendiri dapat banyak belajar tentang anggota bomba,” ujarnya.

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kemnterian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Syafiq Farhain Bell Ngasri, Elisha Sandha, Tash Yong dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*