“Kalau Naz tak halau jugak si kepit ni aku teraajang tv tu” – Netizen

Drama Rindu Awak Separuh Nyaawa merupakan drama yang diadaptasi daripada novel ini ditulis oleh Siti Rosmizah Semail. Siti Rosmizah Semail juga merupakan individu yang sama bertanggungjawab untuk menulis novel 7 Hari Mencintaiku. Drama Rindu Awak Separuh Nyaawa ini diterajui oleh Syukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan dan beberapa orang pelakon baru dan salah seorangnya merupakan seorang instafamous iaitu Norren Iman.

Disebabkan menerima sambutan hangat, beberapa episode drama berkenaan telah di tambah oleh pihak stesen televisyen. Seperti yang dikongsikan oleh salah seorang teraju utama drama tersebut di instagram iaitu Shukri Yahaya, pelakon itu berbangga kerana drama berkenaan diterima ramai.

Baru-baru ini seorang pengarah drama di Malaysia telah melemparkan kritikan terhadap drama berkenaan kerana mengatakan bahawa para penonton yang menonton drama itu dilabelkan sebagai makcik bawang dan golongan masyarakat yang suka sibukkan hal orang lain sekaligus mengatakan drama tersebut tidak berkualiti.

Bagaimanapun penulis novel drama itu menyelar kembali kenyataan pengarah drama melayu berkenaan dan berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah itu sebagai tidak beradab dan tidak menghormati penonton.

Menerusi instagram peminat drama tersebut, salah satu babak yang mencuri perhatian adalah apabila Nurul Huda telah mengoyakkan gambar Sara yang dilukis oleh Nazril dengan perasaan penuh benci. Tanpa Huda sedari Nazril memerhatikan kelakuan Huda tersebut secara tidak sengaja.

https://www.instagram.com/p/CPpJLhiHI_v/?utm_medium=copy_link

Sebaik sahaja menyedari kehadiran Nazril, Huda cuba berlakon dan menyalahkan adik Nazril iaitu Manja yang secara kebetulan berada berhampiran dirinya.

Babak berkenaan membuatkan para peminat drama tersebut begitu emosi dan merasa sangat geram terhadap watak Nurul Huda yang dilakonkan oleh Marsha.

Pelbagai komen penuh emosi dilihat ditinggalkan oleh para peminat yang menyampah dengan watak Huda itu. Berikut dikongsikan beberapa komen mereka.

Kehadiran Nurul Huda dari awal episod lagi telah mencetus kemarahan penonton apabila Nurul Huda cuba mermpas cinta Nazril daripada Sara. Pelbagai fitnah telah di lemparkan kepada sara hanya untuk memiliki Nazril.

Pergolakan rumah tangga mereka juga di sebabkan mulut biadap Nurul Huda. Nurul Huda yang sangat yakin, hanya dia sahaja boleh membahagiakan Nazril. Akhirnya usaha Nurul Huda bakal memakan diri sendiri. Tak sabar untuk saksikan apa yang akan berlaku Nurul huda untuk episod akan datang.

Apa pula agaknya konflik yang bakal berlaku kepada Nazril dan Huda setelah ketiadaan Sara. Mana mungkin Huda dapat menerima keadaan Nazril yang masih merindui Sara walaupun isterinya itu sudah tiada. Satu demi satu perangai sebenar Huda telah disedari oleh Nazril. Apa pula rancangan Huda selepas ini.

Sumber : Instagram seramdb

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!