“Kalau ko sbg drh dgg xmmpu syg anak tu, baik bg kt aku. Aku yg bela dari bsr tapak tngan” – Nad Zainal

Nad Zainal merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia yang sangat berbakat. Sering mendapat pujian kerana berjaya membawakan watak dengan baik, lakonan beliau di dalam drama sentiasa mencuri tumpuan para penonton. Menerusi drama terkini lakonan beliau di dalam Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal membawakan watak sebagai Juweta, seorang wanita yang telah kehilangan suami dan segalanya kerana sikap eg0 dirinya sendiri.

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Drama tersebut menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad.  Drama rantaian tersebut ditayangkan menerusi slot samarinda mulai 21 Januari 2021 dan kini menjadi bualan hangat netizen.

Sebagai pengarah beberapa drama popular, Shahrulezad sangat bijak mengolah plot cerita agar setiap watak mampu memberikan emosi yang berbeza kepada penonton.

Perjalanan drama ini dalam setiap episod membuatkan para penonton yang pada awalnya merasa sangat geram dengan watak Juweta yang tidak menghormati suami berubah menjadi kasihan apabila ditikam oleh suami dan rakan baiknya sendiri Ruhila dan Azlan.

Di dalam drama tersebut Nad Zainal mempunyai seorang anak angkat yang bernama Mika. Suaminya Azlan membawa pulang bayi tersebut tanpa beliau ketahui bahawa bayi yang dibawa pulang itu merupakan anak Azlan dan Ruhila. Azlan telah mengahwini Ruhila tanpa pengetahuan Juweta.

Bersiaran sehingga episod ke 5 minggu lalu, emosi penonton semakin membuak kerana konflik dalam drama yang berlaku di antara watak utama iaitu Juweta, Azlan dan Ruhila semakin meruncing dan tegang.

Para penonton juga sudah tidak sabar lagi menantikan kemunculan watak Ean yang pernah menjadi kekaasih hati Ruhila semasa zaman universiti.

Tidak sabar menunggu waktu tayangan drama tersebut, Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Nad Zainal, beliau berkongsi sedutan episod 6 yang menunjukkan watak anak angkat beliau iaitu Mika di aniayai oleh ibu Ruhila yang mana merupakan nenek kandung beliau sendiri.

Ruhila juga ingin mendapatkan kembali anak kandungnya Mika setelah membuang anaknya itu semasa masih kecil.

Nad turut menulis caption bahawa sekiranya keluarga kandung Mika tidak mampu untuk menyayangi Mika seperti mana beliau sebagai ibu angkat sayangi dirinya lebih baik serahkan Mika kepada beliau untuk dibela kerana Juweta telah menjaga Mika sejak dari kecil lagi.

Caption yang ditulis oleh Nad Zainal itu mengundang rasa sedih para netizen kerana secara kebetulannya sedutan video dan caption yang ditulis Nad Zainal itu sangat mirip dengan kisah yang berlaku ke atas arwh adik Amir yang sedang tular sekarang.

Warga maya juga terkenangkan kisah kehidupan arwh adik Amir yang mungkin melalui apa yang di paparkan di dalam drama tersebut.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen di bahagian komen sedutan video berkenaan.

“Ila bagi je juwita jaga anak kau pun benci dkt kau” – Netizen

“mcm kisah arwh adik amir lak.huhuhu.dok ngn kuarga angkt terjamin hdup dr kuarga kandung.huhuhu” – Netizen

“Alaa jgn la dera2 plss .. sedih adik amir pn xabis lg ni. “ – Netizen

“Allahu tringat pd arwh adik amir” – Netizen

“Mcm cerita arwh amir jee. mak angkat lg sayang n jaga ank tu dgn baik” – Netizen

Ramai yang masih belum boleh melupakan apa yang telah berlaku kepada arwh adik Amir. Kisah sedih yang berlaku keatas kanak-kanak itu cukup memberikan kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jenzah arwh adik Amir telahpun selamat dikebumikan sebentar tadi. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan insan yang terpilih. Amin.

Sumber: ig Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*