“Kalau gini la ghopenya, lagi lambat la cek kawin weii” – Fara Fauzana

Selain keluarga, rakan karib mahupun rakan kerja merupakan orang yang banyak kita habiskan waktu bersama. Namun dalam ramai-ramai kawan kita ini, mesti ada seorang yang selalu menjadi m4ngsa prank. Bukan dari segi yang tidak baik, namun individu seperti ini pastinya akan sentiasa menghiburkan kerana ketulusan hatinya yang tidak mudah berprasangka buruk terhadap orang lain lebih-lebih lagi rakan karib.

Fara Fauzana atau mesra dengan panggilan Fafau ini memang terkenal dengan sikapnya yang tidak pernah somb0ng  dan sentiasa merendah diri. Pengacara radio Hot FM ini sering menjadi m4ngsa buuli rakan konti termasuk rakan artis sendiri.

Bakat mengacaranya juga memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dahulu buka sahaja televisyen pasti keluar wajah Fara Fauzana dimana-mana sebagai seorang pengacara. Namun kini dia dilihat lebih fokus menghiburkan para pendengar radio setiap hari.

Penyampai radio sudah tentunya dipilih berdasarkan kepetahan seseorang itu bercakap serta menghiburkan. Kalau penyampai radio pun boring, pasti pendengar radio pun bertukar siaran dan mencari yang lebih menarik. Disebabkan bakatnya inilah dia masih menjadi peyampai radio tetap Hot FM sehingga kini.

Satu video yang dimuatnaik oleh Fara Fauzana di Instagramnya ini telah menghiburkan ramai apabila dia serta rakan artis iaitu Marsha, Johan dan AG telah diminta untuk membuat tarian ay4m. Tidak keberatan dengan permintaan bossnya itu, Fara telah menjadi ketua untuk tarian tersebut.

Bersungguh-sungguh sekali Fara menari tarian tersebut, tidak sangka bahawa rakan dibelakangnya ternyata tidak ikut serta menari tarian ay4m itu.

Sungguh lucu apabila Fara mula sedar tentang perkara tersebut setelah dia menoleh ke belakang untuk memeriksa.

Bukan sahaja netizen dan peminat yang terhibur melihat gelagat lucu Fara itu, rakan artis seperti Liza Hanim dan Feeya Iskandar juga tidak ketinggalan memberikan komen pada video tersebut.

Ramai yang mengaku bahawa mereka telah mengulangi video itu banyak kali disebabkan terlalu lucu melihat kelurusan Fara Fauzana.

Kering gusi dibuatnya lihat video yang dimuatnaik oleh Fara ini. Lepas ni Fara mesti akan lebih berhati-hati apabila diminta untuk menari atau apa sahaja bersama rakan di konti radio.

Sumber: Instagram Fara Fauzana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!