“Kalau dah nama model mmg letopps” – Netizen

Bagi peminat seni lakon tempatan pastinya kenal dengan pelakon yang mula menjejakkan kaki ke bidang seni bermula di pentas model peragaan pada tahun 1989 ini. Pernah ‘tengelam’ seketika barangkali dek urusan peribadi, namanya makin meningkat pula akhir-akhir ini, apatah lagi kembali beraksi dalam filem terbaharu. Job masih kencang, maknanya aura Nasha Aziz masih menebal.

Bermakna sudah lebih tiga dekad Nasha di pentas seni. Jika orang lain kebanyakannya selepas melalui tempoh yang panjang itu mula berubah wajah dan penampilan, namun tak bagi wanita ini.

Pada usianya yang sudah mencecah 52 tahun ini, fizikal Nasha masih maintain seperti anak dara berusia 20-an. Tetap cantik dan lawa dalam kelasnya yang tersendiri. Macam benda vintage.

Makin lama makin nampak klasik dan mahal pulak. Pastinya Nasha benar-benar berdisiplin untuk mengekalkan bentuk badannya seperti sekarang pada saat ramai mengeluh ia bukan sesuatu yang mudah.

“Fuhhhhh gorgeousssss peminat stia dari era 90s disini”, “I love you kak Nasha since I was small…”, “Oho kelas gituw …. Kak lovers”, “ Macam org muda”, “Okay she’s back people… i said it before and I’ll say it again.

“ya ampunnn…why so gorgeous.”, “Teringin nk berpakaian begini… tp perutku bun, jd x lawa & nmpk s3ksa nnti”, “Its soooo classy”, “baru tgk smlm cter laila isabela dkt astro memang terasa vibe dulu2 ada nasha aziz”.

Itu antara komen netizen. Yang pasti terubat sudah rindu peminat untuk melihatnya kembali aktif di pentas seni. Apatah penampilan terbarunya ini masih kekal seperti dulu macam tak dimamah usia.

Terdahulu dalam hantaran video, Nasha berkongsi penampilannya yang memperagakan sut busana berwarna biru di majlis The Pride Of Malaysia, Exclusive Viewing Party Oscars 2023, di Pavilion, ibu negara.

Dia tampak lincah dan gojes dalam majlis itu apatah lagi dengan mengenakan cermin mata hitam sambil berposing apabila menghadap lensa kamera. “Kalau dah nama model mmg letopps” kata netizen.

Betullah tu… Pernah mendapat jolokan Supermodel Malaysia dan Peragawati Nombor Satu Tanah Air, Nasha sudah biasa menyarungkan busana air tangan pereka dan jenama fesyen terkenal tempatan dan luar negara.

Sumber : IG Nasha Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!