“Kalau aku ni m0ody terus dgn awning tudung mcm tu” – netizen

Majlis perkahwinan gilang-gemilang penyanyi Haqiem Rusli dan pasangannya, Anis Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri 19, sememangnya menarik perhatian ramai. Apa tidaknya, sejak pernikahan mereka berlangsung Jumaat lalu, majlis dikatakan wedding of the year yang mana menelan kos RM7 juta itu masih menjadi buah mulut terutama dalam kalangan netizen maya.

Banyak media berkongsi momen manis majlis pasangan ini terutama ketika di pelaminan. Bukan sahaja Haqiem, sudah tentu gaya dan fesyen Anis Sofea juga antara yang menancap pandangan.

Selain busana dan dekorasi yang super vass untuk majlis pasangan ini, dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil ‘benda’ pun menarik perhatian netizen untuk diperkatakan.

Apa tidaknya, hal tentang awning tudung Anis Sofea di hari berbahagia beliau dan Haqiem itu tak ketinggalan jadi bahan netizen. Penampakan awning nya yang tak on point akibat deruan angin semasa sedang duduk bersanding juga rupa-rupanya mengundang komen.

Dalam video yang dikongsikan memang terlihat awning wanita muda itu yang terbuai-buai akibat angin. Akibatnya, acap kali awning tudungnya itu tampak terlepap di dahinya.

Ya, wanita berhijab pasti tidak dapat lari daripada rasa untuk memastikan tudung yang dipakai terletak elok lebih-lebih jika mempunyai awning.

Jika pada hari-hari biasa keluar rumah terutama ke tempat kerja atau pada event tertentu pun, ramai kaaum hawa akan berusaha supaya ia ‘tak lari’ hingga menjejaskan rupa dengan keadaan itu, apatah lagi di hari bahagia.

Gamaknya itu yang dirasakan netizen hingga ramai beranggapan tudung dipakai Anis ketika itu haruslah jenis yang ‘terletak’ dan sesuai biarpun dalam keadaan berangin sedemikian supaya tetap cantik terlihat terutama ketika hendak merakam foto dan video.

Bagaimanapun, dalam pada itu, tak kurang juga netizen yang memberikan maklum balas di ruangan komen, awning berkeadaan sedemikian rupa bukanlah masalah besar buat suri hati Haqiem itu.

Sudah rupanya yang sememangnya rupawan, mereka memberikan komen, macam mana gaya awning itu pun tetap seseorang pengantin wanita itu akan kelihatan cantik sahaja. Bukan masalah besar pun.

Sumber : Ig Era Fm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!