“Kalau aku dah halau balik dah, takde respect langsung!” – Netizen

Bila kita bersama adik beradik tak kira dimana pun kita berada termasuklah ketika bekerja, pasti kita dan adik beradik senang sekali untuk bergurau senda dan gelak tawa akan perkara yang paling remeh sekali. Begitu juga ‘the Maembong Sisters’ yang sememangnya netizen sedia tahu mereka sangat mesra antara satu sama lain.

Baru-baru, dilihat Emma Maembong merekod adiknya Chacha Maembong yang sedang bergurau ketika mesyuarat secara sembunyi.

Ramai netizen agak terhibur dengan gelagat Chacha membuat aksi ‘mulut senget’ seakan-akan ingin mengatakan sesuatu tapi tidak mahu diketahui orang keliling.

Tetapi ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatan Chacha Maembong dan menyatakan Chacha tidak menghormti orang ketika mesyuarat.

Biasalah Chacha, bukan semua orang kita boleh puaskan hati kan.. Apa apapun, kita perlu sentiasa bersikap positive dan menerima apa sahaja teguran orang.

Sumber: Ig emmamaembong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*