“Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah” – Izzue Islam

Memiliki cahaya mata sendiri merupakan impian setiap pasangan yang sudah pun membina mahligai perkahwinan bersama. Namun, menjadi kebimbangan dan kesedihan hati sesetengah pasangan di luar sana yang menghadapi masalah lambat dikurniakan zuriat. Bukan sahaja orang biasa, para artis juga ada yang menghadapi masalah sama sehingga terpaksa menguatkan hati bagi menghadapi berbagai soalan.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang kisah cinta dari Izzue Islam yang akhirnya memilih untuk mendirikan rumahtangga bersama pengurusnya sendiri yang bernama Awin Nurin. Mengakui keistimewaan yang dimiliki Awin Nurin sehingga berjaya mencuri hatinya, mereka berdua tidak berfikir lama dan terus mendirikan rumahtangga pada tahun 2013.

Hidup sebagai seorang artis yang bermula dari peringkat bawah, Izzue berkata bahawa Awin sahaja yang setia bersamanya ketika itu sehingga dia mula dikenali dan terkenal. Walaupun menerima beberapa halangan dan tentangan kuat dari netizen tentang hubungan mereka berdua, ternyata itu semua tidak mampu memisahkan.

2 Jun lalu merupakan hari ulang tahun ke sembilan bagi perkahwinan Izzue dan Awin Nurin. Tidak pernah membahaskan soal anak sebelum ini, Izzue kini telah mula memberi bayangan kata-kata tentang keinginannya memiliki zuriat sendiri.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka berdua, Izzue sendiri telah memuatnaik satu gambar bersama isteri tercinta dengan kapsyen menyentuh hati yang telah mengundang komen dari ramai rakan artis serta peminat.

Mengira-mengira usia perkahwinan mereka yang kini sudah menginjak sembilan tahun, Izzue berfikir bahawa jika dari awal perkahwinan mereka sudah mempunyai anak pasti kini dia sudah pun berada di darjah 3.

Rakan artis seperti Alif Satar, Fizo Omar, Ryzal Ibrahim dan ramai lagi turut mengucapkan selamat serta tidak lupa untuk mendoakan rezeki anak buat pasangan serasi ini.

Para peminat dan netizen juga tidak putus memberikan doa kepada Izzue dan isteri agar diberi kesabaran yang tinggi bagi menghadapi ujian berat ini.

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat pasangan comel Izzue dan Awin. Semoga doa untuk memiliki rezeki zuriat dikabulkan olehNya pada tahun ini.

Sumber: Instagram Izzue Islam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!