“Kak Zarina isteri kedua? Hebatnya p0ligami yang adil begini”- Netizen

Apabila diketengahkan isu poligami, pastinya ramai wanita Malaysia akan sentap kerana perkara tersebut adalah sangat sensitif kerana ia melibatkan perkongsian suami antara dua wanita dimana ianya ibarat ujian yang paling mencabar untuk seorang wanita. Tetapi tidak untuk Zarina Zainuddin yang begitu akrab dan rapat dengan madunya, Datin Seri Noorhasimah Md Noor.

Baru-baru ini beliau telah ke Tanah Suci bersama madunya menunaikan umrah.

“Yaa Allah saya bersyukur dijemput ke rumahmu ..Terima kasih madu saya ajak saya pergi bimbing saya fardu dan rukun umrah juga solat solat sunat sepanjang disini.

Bahagianya saya rasa kerana saya ditemukan Allah dengan insan yang baik hati yang membimbing kami sekeluarga ke arah kebaikkan.

Sesungguhnya dunia sementara ini begitu banyak ujian Allah tempuhilah dengan tabah redho lah apa yang berlaku walaupun berat bila dilepaskan perlahan lahan akan lega kerana kita yakin kuasa Allah melebihi segalanya ..Allahuakhbar.

Saya akan sampaikan salam anda semua kepada baginda Rasulullah salam sayang salam rindu ..semalam dapat solat di rawdah walaupun terlalu ramai tolak menolak kerana semuanya ingin solat di bahagian depan rawdah rebut peluang sementara masih ada disini.

Saya berdoa semuga anda dan keluarga anda diberikan kesihatan yang baik dipermudahkan segalanya dalam menempuh ujian Allah diberikan rezeki yang halal dan mendapat berkat dalam hidup dengan tenang dan berbahagia dunia akhirat,amin” kata Zarina di laman instagramnya.

Rata-rata para netizen sangat memuji hubungan baik antara Zarina dengan madunya sehingga boleh ke Tanah Suci bersama-sama dan mengatakan beliau huhungan poligami yang sangat adil.

Bukan itu sahaja, rakan artis juga memuji bahawa Zarina dikurniakan madu yang baik kerana beliau sangat bersabar dalam menempuh cabaran hidupnya. Selain itu, ramai yang mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga disana dan selamat pulang ke tanah air.

Mengikut perkembangan terbaru beliau disana,dikatakan beliau tidak berapa sihat dan mengalami s4kit tekak dan b4tuk-b4tuk. Kami doakan moga kesihatan Zarina beransur pulih dan selamat pulang.

Sumber : Ig Zarina Zainuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*