“Kak salah pilih calon suami ke?” – Peminat kcewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di atas pelamin

Pelakon Zizi Kirana tidak menyangka foto bersama pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin dengan pakaian pengantin mengundang salah faham dalam kalangan netizen. Menurut Zizi, dia dihujani pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak tersebut.”Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.

“Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.

“Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!,” katanya kepada mStar.

Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di atas pelamin.

Menerusi Instastory, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkongsi luahan rasa kecewa peminat apabila melihat foto dia bersama Ebby Yus lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau.

“Adakah ini benar sister? Katakan tidak please… Saya kecewa!

“Kak Zizi tak salah pilih calon suami ke? Macam atuk-atuk je,” tulis netizen melalui mesej peribadi.

Peminat menghantar mesej peribadi bertanyakan kesahihan gambar tersebut.

Masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami, Zizi berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.

Malah, dia menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.

“Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.

“Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya… saya terima,” ujarnya yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Mintak Lagi.

Menerusi laporan mStar pada 2018, Zizi atau Nur Fazelah Zizi Mohd. Tahil, 32, menyenaraikan ciri-ciri bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mbuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Biodata Zizi Kirana

Nama penuh: Nur Fazelah binti Mad Tahil
Nama popular: Zizi Kirana
Tarikh lahir: 23 Januari 1985
Umur: 33 tahun
Tempat lahir: Semporna, Sabah

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan produser
Label: Mixology Music
Media sosial: Instagram @zizi_kirana
Fakta Menarik

1. Dikenali kerana sering tampil berimej sksi.

2. Bakatnya dikesan selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh meskipun gagal bertahan sehingga ke peringkat akhir.

3. Pada hujung tahun 2009, Zizi mengembangkan kerjaya seninya sebagai salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang memperjuangkan muzik hip hop, diketuai oleh bintang hip hop ternama, Cat Farish.

4. Beberapa tahun kemudian, Zizi yang dikenali sebagai Zizi The Faboulous Cats itu akhirnya bertindak menukar nama pentasnya kepada ‘Kirana’ selepas menganggotai kumpulan baharu, Nukilan yang ditubuhkan pada 16 Januari 2015, di bawah label Qarmal Music milik penyanyi rap terkenal, Malique.

5. Kemudiannya, sekali lagi Zizi menjenamakan semula nama pentasnya kepada ‘Zizi Kirana’ dan kini tampil sebagai penyanyi solo pula.

6. Difahamkan, beliau masih lagi berhubung dengan Cat Farish yang pernah bertanggungjawab menggilap bakatnya di awal karier, meskipun tidak lagi bersama dengan TFC.

7. Zizi kemudiannya memberanikan diri menyertai pertandingan realiti Dangdut Academy Asia 2 (DAA2) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada hujung tahun 2016 walaupun gagal menempatkan diri ke pusingan akhir.

8. Zizi yang memperjuangkan muzik Dangdut, Pop dan Hip Hop meledak dengan beberapa lagu hits seperti Boleh Jalan, Nak Ke Taknak Lepak Mamak, Rahsia Hati, Siapa Yang Bap Bap, Kerna Kamu, Antara Jodoh Dan Cinta, Dulu Pernah Kau Kata dan banyak lagi.

9. Dalam bidang lakonan, beliau pernah membintangi pelbagai drama, telefilem mahupun filem seperti Hantu Bonceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, Cuti-Cuti Cinta, La So Fa The Musical (Musim 1 dan 2), Cinta Kapcai dan Pian Kena Balik Raya.

10. Mengakui kali terakhir beliau bercinta ialah pada tahun 2012 dan sejak itu enggan lagi memikirkan tentang perkahwinan apaatah lagi mengenangkan ‘tragedi’ yang dialami adiknya yang telah dua kali bercrai.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*