“Kahwin ke tunang, confuse kejap dia punya sedih tu” – Netizen

Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau dikenali kerana sering kali membawakan watak berat dalam drama-drama yang di terajui oleh beliau. Fasha menamatkan zaman bujang bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram pada tahun 2012 dan dikurniakan sepasang anak namun bercerrai pada tahun 2016 sebelum berkahwin untuk kali kedua bersama pelakon Aidil Aziz pada tahun 2019.

Masih lagi aktif berlakon Fasha kini berehat panjang kerana baru sahaja melahirkan anak perempuan hasil pernikahan bersama Aidil Aziz sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Selain Fasha beliau juga turut mempunyai seorang adik perempuan yang turut berkecimpung dalam industri hiburan sebagai pelakon iaitu Elisya Sandha. Wajah Elisya juga kerap menghiasi drama melayu.

Nama Elisya semakin meningkat naik setelah lakonan beliau bersama Izzue Islam dalam drama Nasi Kerabu untuk Che Abe mencuri perhatian penonton.

Elisya juga tidak berselindung tentang hubungan percintaan beliau bersama anak sulung kepada Sheila Rusly iaitu Uzair. Sering memuatnaik beberapa keping gambar di laman sosial bersama Uzair, Elisya kini sudah bergelar tunangan kepada anak sulung pelakon dan penerbit terkenal itu.

Sebagai kakak Elisya, Fasha telah muatnaik video majlis pertunangan itu menerusi Instagram beliau, Fasha berkata amat sukar untuk dirinya melepaskan adik kesayangannya itu. Namun beliau akur kerana adiknya itu sudahpun dewasa dan berhak mencari kebahagiaannya sendiri.

Fasha juga menitipkan pesanan kepada Elisya dan Uzair untuk saling menerima keburukkan dan kebaikkan pasngan masing-masing kerana tiada manusia yang sempurna di dunia walaubagaimanapun di sebalik sifat tidak sempurna itulah yang saling melengkapi pasngan masing-masing.

Fasha juga mengalu-aluukan kehadiran Uzair yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarganya nanti. Beliau berdoa supaya hubungan yang baru melangkah ke fasa baru itu akan berkekalan bahagia untuk selamanya.

Caption yang ditulis oleh pelakon itu mengundang sebak dalam kalangan para peminat beliau. Sebagai seorang kakak yang amat rapat dengan adik beradiknya sudah pasti beliau turut merasa sebak apabila adiknya itu bakal menamatkan zaman bujang dan selepas ini akan mempunyai kehidupan sendiri.

Bagaimanapun suasana sebak dan hiba yang dirasakan ketika majlis pertunangan itu membuatkan segelintir netizen merasakan tangisan tersebut seakan agak keterlaluan dan keliru kerana Elisya baru sahaja melangkah ke fasa pertunangan dan belum lagi melangsungkan pernikahan dengan Uzair.

Netizen juga berkata apa yang menambahkan lagi kekeliruan mereka apabila caption yang ditulis Fasha juga seolah-olah ucapan buat pasngan yang telah mendirikan rumahtangga. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen di bahagian komen sedutan video berkenaan.

“Maaf tye kahwin ke tunang?? Jgn marah tye je ni” – Netizen

“tu la..Tapi kalau nikah dah boleh sentuh2,nie jarak lagi kire tunang dulu kot, pakaian sedondon rupe la mcm dah nikah” – Netizen

“confused sbb caption fasha mcm dh nikah” – Netizen

“kan. Ingatkan dah nikah juga. Sbb sedondon baju putih kan. Anyway tahniah” – Netizen

“rasanya nikah sbb nangis mcm ni situasi nikah je..” – Netizen

“Semoga bahagia didunia dan akhirat. Ni tunang ke nikah? Jb sini pkp takda majlis.” – Netizen

“saya rasa tunang sbb mak laki tuh yang sarung kan cincin kalau khawin msti laki tuh yang sarung kan ? ada dngr juga tunang” – Netizen

“ i pun confuse. Belum kawen lagi. Apa yg lepas n melepas ni. ucapan ni sesuai bila dah akad nikah nanti.. saya doakan dipermudahkan” – Netizen

Selamat bertunang diucapkan buat pelakon Elisya Sandha dan juga Uzair. Fasa pertunangan merupakan fasa yang sangat berat dan mencabar kerana dalam fasa inilah pelbagai ujian akan melanda dalam hubungan dan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan buat Elisya dan Uzair untuk kealam rumahtangga pula selepas ini.

Sumber: ig fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*