“Kacak mana kacak, kenapa kacak tak ikut, kesian kacak” – Netizen

Setiap ibu dan bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak kiralah ketika anak di usia berapa pun, pada mata ibu dan bapa anak-anak tetap masih kecil dan sangat disayangi. Buat pengusaha kosmetik terkenal iaitu Dato Vida, melihat anak-anak semakin meningkat dewasa dan semakin berdikari pastinya menjadi momen yang paling indah sebagai seorang ibu tunggal.

Anak perempuan Dato Vida iaitu Cik B kini muncul sebagai pelawak bersama kumpulan ABC di dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar.

Persembahan lawak Cik B juga diterima ramai dan meraih sambutan hangat daripada para penonton. Ramai yg memuji usaha keras Cik B sejak dari usia remaja lagi.

Namun begitu Dato Vida tidak terlepas daripada teguran netizen terhadap layanan beliau kepada kedua orang anaknya.

Sebelum ini pernah tular perkongsian Dato Vida mengenai luahan anak lelakinya Kacak yang merasakan dirinya “Nobody” kerana tidak memberikan sumbangan apa-apa kepada keluarga melainkan hanya menghabiskan duit dan menjadi kayu tunggul sahaja.

Terkesan dengan perkongsian dan luahan hati daripada Kacak itu, para netizen menasihati Dato Vida supaya tidak pilih kasih dan berat sebelah dengan melebihkan layanan terhadap Cik B berbanding Kacak.

Memuatnaik video terkini di laman Instagram beliau, Dato Vida berkongsi sebuah video dimana beliau berkesempatan melawat anaknya Cik B yang kini sedang sibuk dengan pertandingan Muzikal Lawak Superstar.

Dato Vida berkata kerana kesibukan Cik B, beliau sudah hampir 2 minggu tidak berjumpa anaknya itu dan amat merindui Cik B.

Pertemuan dua beranak itu membuatkan para netizen mengalir air mata dan sebak melihat Dato Vida dapat melepas rindu terhadap Cik B. Begitulah kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak.

Beruntung Cik B mendapat sokongan ibunya dalam apa jua yg beliau ceburi. Berlinangan air mata melihat kemesraan ibu dan anak ini melepaskan rindu antara satu sama lain.

Netizen memuji penampilan Dato Vida yang semakin Mslimah dan tidak lagi berpakaian ketat seperti sebelum ini.

Namun ekoran ketiadaan Kacak di dalam video tersebut, ada netizen yang mempersoalkan mengenai Kacak yang tidak turut serta bersama Dato Vida semasa pertemuan bersama Cik B tersebut.

Berikut dikongsikan lagi beberapa komen netizen.

“Saya pun terasa mcmna perasaan Dato Vida dah masing2 sibuk tp mesti rindu sgt dkt ank tu..hrp Cik B pn hargai ibunya yg sentiasa menyayanginya..” – Netizen

“Kenapa nk malu klau mama ad mama lah pendorong pling dkt che B, hanya dgn doa2 mama je Cik B boleh semangat dan berjaya. Sebak rasanya tp DSV you the best” – Netizen

“Bakponyo mato aku masuk bawang weh… Bestnya suapan seorang ibu… Biar lah semana hebat ya sorang anak, tp suapan seorang Dan kasih sayang seorang ibu lebih hebat lagi…” – Netizen

“Dulu aku menyampah tgk dsv ni sbbnya menonjol sgt brg kemas dia. Nowadays beliau chill2 je. Camni ah dato” – Netizen

Kagum dengan semangat ibu tunggal seperti Dato Vida dalam membesarkan anak-anak. Ramai yang mengalir air mata melihat sikap manja Cik B bersama ibunya.

Mudah-mudahan apa yang diusahakan oleh Cik B kini akan dapat membuahkan hasil dan seterusnya menjadi insan yang berjaya dan mampu membalas jasa Dato Vida dalam membesarkannya suatu hari nanti.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*