“Jgnlah pisahkan anak dgn bapanya atau anak dgn ibunya” – Abby Abadi

Anak-anak itu bukan sahaja anugerah, tetapi juga amanah yang diberi Allah kepada kita untuk kita jaga dan berikan didikan agama dan kasih sayang yang secukupnya. Walaupun jika kita dan pas4ngan sudah berpisah, seharusnya kita perlu jaga emosi, fizikal dan mental anak-anak demi kebaikan mereka pada masa akan datang. Seperti keluarga Abby Abadi,walaupun sudah lama berpisah dengan bekas suami iaitu Norman Hakim,mereka berdua tetap menjaga hubungan baik mereka demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Perpisahan itu sememangnya menyakitkan tetapi pada akhirnya kita harus memikirkan siapa yang akan terkesan sekali akibat perpisahan itu. Ya,siapa lagi kalau bukan anak-anak kita. Pastinya kita tidak mahu anak-anak merasakan bahawa keluarganya telah berpecah belah akibat ketiadaan kesefahaman. Makanya, pas4ngan yang berpisah harus bekerjasama atas dasar tanggungjawab demi kebaikan anak-anak tersebut.

Begitu lah yang ingin disampaikan oleh Abby Abadi dalam laman instagramnya baru-baru ini bersama gambar bekas suaminya dengan anak lelaki mereka.

“Hidup penuh TANGGUNGJAWAB
Walaupun Mama/ Papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “AMANAH” yg diberi ini di dunia & ‘jawab’ semua depan ALLAH nanti mana2 yg tak dapat dilaksana. Sebab itu kami usahakan yg terbaik hari ini, agar mampu menjawab bila berdepan dgn ALLAH SWT nanti, inshaALLAH.

Apa yg Sy cuba nak sampaikan: Janganlah pisahkan anak dgn bapanya, atau anak dgn ibunya. Jagalah sama2, tak rugi apapun. Buang segala ego yg bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH. DIA bagi pinjam je.. kenapa kita nk buat mcm hak kita???

Baik buruk bekas pas4ngan kita, dia tetap ibu/bapa pada anak2 yg telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu. Tak banyak k3s yg dalam pengetahuan Sy, ibu dipisahkan dari anak. Tapi anak di pisahkan dari bapa ramai sangat… Sampai besar tak kasi jumpa.. sampai anak tu takde hati langsung la nk dgn Ayah dia.. sedih melihatnya. Ada juga yg dah kasi jumpa, tapi mcm saja pulak lari dari tanggungjawab.. mmm ntahlah.

Anak2 juga ada hak ye ibu ayah. Hak utk dijaga & dibelai sebaiknya. Hak utk makan pakai, pendidikan dan sebagainya. Hak utk mendapat kasih sayang dari kedua2nya. Semua tu ALLAH akan tanya. Bersediakah kita utk menjawabnya nanti? Maaf ye kalau terkait dgn sesiapa. Tapi Sy mohon…. Kalau tak dapat kekalkan hubungan dgn pas4ngan, anak2 jangan lah dipisahkan..” kata Abby Abadi dalam laman instagramnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Abby yang mengatakan bahawa jangan pisahkan anak antara iu atau bapa kerananya hubungan d4rah itu takkan dapat dipisahkan walau bagaimana cara sekalipun.

Apa yang Abby sampaikan diatas amat benar sekali. Niatnya hanyalah memikirkan nasib anak-anak yang kurang bernasib baik mempunyai ibu bapa yang berpisah dan mahukan mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa kandung. Ini kerana kasih sayang seorang ibu atau bapa yang lain tidak sama dengan ibu bapa kandung.

Sumber : Ig Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*