“Jgn Talita, ibu tiri ni mula2 syg dah lama garang” – Netizen

Yang ‘pergi’ pasti takkan kembali. Mereka yang masih tinggal untuk menghadapi ujian dariNya di dunia ini perlu meneruskan kehidupan. Begitu jua buat si anak yang masih kecil dan memerlukn perhatian tetapi telah kehilangan ibu, pastinya dahagakan kasih sayang insan yang melahirkannya itu. Ya… apa pun kasih ibu sejati memang tiada galang gantinya.

Jika ada pengganti yang setara atau setidak-tidaknya mampu membantu menjadi pendokong bagi melengkapkan sebuah keluarga, itupun dah cukup baik. Sudah tentu itu jua harapan seorang ibu terhadap anaknya, Shuib Sepahtu yang kematian isteri tersayang, arwh Siti Sarah Raisuddin kira-kira empat bulan lalu.

Dalam antara perkongsian terbaharu melalui IG Siti Sarah yang memperlihatkan ibu Shuib, Salamiah Jalani bersembang bersahaja dengan cucunya tentang pengganti tempat sebagai ‘peneman’ Shuib antara yang menarik perhatian netizen.

Biarpun barangkali perbincangan seumpamanya terlihat sedikit sensitif buat sesetengah orang, tetapi mereka kelihatan tenang, malah si anak-anak kecil itu jua seakan ‘bersedia’ dengan bakal pengganti.

Hanya mereka yang menghadapi situasi sama sahaja yang mungkin memahami. Begitupun, barangkali masih ‘terasa’, nampaknya ada dalam kalangan netizen di ruangan komen yang meluahkan rasa perkara sedemikian tidak sewajarnya dikongsikan menggunakan IG arwh Sarah.

Apa pun pastinya Shuib juga mempunyai sebab tersendiri. Ramai juga yang mendoakan agar Shuib mendapat pengganti yang sesuai biarpun tak kurang yang mengakui sukarnya mencari seseorang wanita yang setanding arwh.

Dalam pada itu, selain yang sesuai dengan Shuib, ramai yang mendoakan agar pengganti yang dicari dapat menerima dan yang paling penting menjaga dan mendidik empat anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 4 bulan.

Aksi Salamiah yang dilihat wajahnya umpama Shuib ‘versi wanita’ yang mula memberi hint itu jua tampaknya turut membangkitkan sebak dalam kalangan netizen. Biar apapun, yang penting kita doakan yang baik-baik saja untuk anak-anak Shuib bersama arwh Siti Sarah ini.

Sebagai rujukan, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu di Hspital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat Cvd. Jenzah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada hari sama.

Pemergiaannya mendapat perhatian netizen berikutan melahirkan zuriat Ayash, melalui pemb£dahan tanpa sempat menyusukannya beberapa hari sebelum menemui ajal. Tular amalan beliau sebelum ini antara asbab arwh dikatakan ‘diangkat’ orang ramai.

Sumber : Ig Siti Sarah Raisuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!