“Jgn Riak Sebab Ramai Followers” – Jasmin Hamid Nasihat Artis Baru

Anugerah Skrin Popular 2019 yang telah berlangsung baru-baru ini di saluran TV3 menyaksikan pelakon-pelakon senior membolot hampir kesemua kategori yang dipertandingkan selepas berhempas pulas menghasilkan lakonan yang terbaik. Pelakon-pelakon yang telah berjaya memperolehi kemenangan daripada anugerah berprestij itu antaranya Faizal Hussin, Amyza Aznan, Nabila Huda dan Fizz Fairuz. Tahniah buat mereka semua.

Dalam kemenangan yang diperolehi pelakon-pelakon senior ini ternyata membuatkan rakan-rakan artis seperjuangan lain juga turut tumpang gembira.

Pelakon senior Jasmin Hamid antara rakan artis yang turut bergembira atas kejayaan rakan-rakannya dan berkongsi luahan gembiranya menerusi posting di Instagram.

Jasmin juga memberi nasihat kepada pelakon-pelakon terbaru untuk sentiasa menjaga mutu lakonan dan bukan hanya semata-mata untuk mengejar populariti.

“Syukur alhamdulillah dan tahniah buat semua sahabat-sahabat saya yang menang dalam ASK2019 ..BEST OF THE BEST. pengorbanan mereka sudah terbayar dengan kemenangan yang di kurniakan oleh Allah kepada mereka.

“Semoga satu hari nanti, pelakon-pelakon baru juga akan dapat Anugerah yang sama tapi kena kerja kuat sikit la.. Kena JUJUR dengan watak.. J4NGAN KEJAR SANGAT FOLLOWERS.. J4NGAN RIAK sebab ramai FOLLOWERS..

“Kalau tak, pelakon-pelakon lama juga yang akan monopoli ANUGERAH PELAKON TERBAIK.. Popularity tu penting tapi jangan sampai abaikan mutu kerja,”tulis Jasmin Hamid menerusi kapsyen di posting terbaru Instagramnya.

Kapsyen Jasmin Hamid menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya menyokong pendapat yang ditulis oleh pelakon wanita popular ini.

“Yang senior tetap the best.”- Netizen

“Populariti datang dan pergi, quality stays forever.”- Eizlan Yusoff

“Saya suka pelakon-pelakon lama, suka tengok ASK dan FFM sebab anugerah ni semua otai-otai.”

Betul juga apa yang Jasmin Hamid cakap. Mutu lakonan perlu diutamakan walaupun populariti juga adalah satu perkara yang penting buat pelakon-pelakon Malaysia.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*