“Jgn kau ingat bila nyanyi lagu abg, abang akan tarik balik saman” – Dato Aliff

Susulan kisah Dato’ Seri Aliff Syukri bergaduh dengan Baby Shima yang semakin p4nas di laman instagram kedua-duanya, baru-baru ini jutawan kosmetik itu memuatnaik video baby shima yang menyanyikan lagu “Cowok Baru” nyanyian Dato Seri Aliff Syukri dan beliau dengan nada tidak puas hati bukan saja menyindir malah menyatakan suara Baby Shima membawakan lagu beliau agak sumbang. Jom kita lihat apa komen dato’…

“Saya takkan maafkan awak dik…sebab mulut badan binasa” – bebel abang terlajak laris

Dato’ Seri Aliff juga memuatnaik sebahagian videoklip baby Shima dan mengherdiknya dengn mengatakan nyanyian baby shima sumbang mambang dan beliau tidak akan memaafkan segala perbuatan penyanyi dangdut terkenal yang sedang meningkat nama itu. Menurut komen netizen pula, ramai memuji suara Baby Shima lebih sedap dari suara abang terlajak laris dan memberi nasihat agar abang terlajak laris meneruskan perniagaannya seperti biasa.

Bagi cik KD pulak, kedua-dua nyanyian sama je sedapnya versi lelaki dan versi wanita. Kenapa tidak bergabung je..kan senang. Apapun komen netizen, cik KD harap Dato’ Seri Aliff Syukri dan Baby Shima dapat bersaing secara sihat dan bersama-sama memajukan industri seni Malaysia dengan cemerlang dan positif. Memaafkan tidak bererti kita kalah.

Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*