“Jgn hkum dia macam kita ni ahli syurga ” – Isteri Mark Adam akhirnya bersuara

Semalam kecoh apabila ntizen mula mempersoal mutu juri Mark Adam apabila dia menyindir Sherry di konsert Big Stage. Isteri kepada penyanyi dan pelawak Mark Adam, Norazah Redzuan atau lebih mesra disapa Ezan berang dengan sikap segeelintir individu yang suka menjaatuhkan hukuuman terhadap kesalahan orang lain. Menurut Ezan, Mark menerima komen maakian daripada netizen di Instagram (IG) miliknya walaupun sudah mengaku salah.

“Kita semua ni jadi manusia jgan asyik suka sangat nak menghukuum orang.”Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun.”Tapi jgan menghkum dia macam kita ni ahli syurga yang tak pernah buat dosa.

“Maaki hamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa?”Apa bahasa yang korang guna untuk comment dekat dia.”Ye betul dia salah, ada silap dia, yang kita semua ni tahu ke silap kita?” luahnya menerusi Instagram Stories.

Tambah Ezan dia berkata sebaiknya masing-masing menjaga hal diri sendiri.”Lebih baik kita semua ni focus pada diri sendiri sebelum jatuhkan hkum pada orang lain.

“Tidak salah nak tegur salah seseorang itu, tapi jgn sampai kita berlagak yang kita ni tak pernah buat salah.

“Membuat kesalahan itu sesuatu yang biasa tapi mengakui kesalahan dan memohon kemaafan itu sesuatu yang luar biasa dan tidak semua orang berani melakukannya,” tulisnya lagi.

Di samping itu, pengacara Sherry Al Hadad mendedahkan sudah memaafkan keterlanjuran Mark di ruangan komen Instagram TV.

“Assalamualaikum semua. Mark dah telefon saya dan minta maaf secara personal.

“Dia, saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan,” tulisnya.

Terdahulu, Mark menerima kcaman daripada netizen selepas bertindak mempersendakan fizikal Sherry ketika konsert Big Stage 2 pada malam Ahad.

Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Sebelum itu, Penyanyi Mark Adam memohon maaf secara terbuka kepada semua terutama pengacara Sherry Alhadad terhadap gurauan di konsert Big Stage malam Ahad yang dianggap keterlaluan dan bersifat menghiina fizikal wanita itu.

Mark memuat naik video pendek di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin meluahkan perasaan menyesal terhadap tindakan itu.

“Pertama sekali saya nak minta maaf kepada semua dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage.

“Saya sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan semalam. Saya akui saya tersilap cakap. Sebenarnya ayat itu ada sambungan lagi tetapi saya tak sempat nak cakap.

“Apa yang saya lakukan semalam adalah benda yang tidak profesional dan saya akan pastikan perkara seperti itu tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mark turut mengakui tidak berniat untuk menghiina bentuk badan pengacara tersebut dan dia juga malu dengan tindakannya itu.

“Niat saya bukan untuk menghiina Sherry atau Alif atau mana-mana pihak di luar sana yang terasa hati. Saya mohon maaf.

“Saya kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah. Sama ada dengan rakan-rakan artis atau kawan-kawan dan sahabat.

“Saya akui saya silap. Saya layak terima semua ni, saya b0doh,” katanya.

Terdahulu, Sherry ketika diminta mengulas mengenai perkara itu memilih untuk mengunci mulut kerana enggan memperbesarkan isu berkenaan.

Menurut Sherry dia menghormti Mark sebagai rakan industri yang sudah lama dikenalinya.

Sumber : Gempak/ Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*