“Jgn bangga sgt bahasa English, xjamin kjayaan dunia apalagi akhirat” – Bonda Rozita Ibrahim

Bonda Rozita Ibrahim merupakan ibu kepada penyanyi dan usahawan terkenal Dato Alif Syukri. Selama ini Bonda Rozita sememangnya terkenal sebagai wanita yang berpandangan jauh dan sukakan cabaran. Kejayaan yang diraih oleh beliau hari ini menjadi inspirasi ramai wanita. Bonda juga turut mengusahakan produk penjagaan kesihatan wanita iaitu Jamu Ratu Malaya (JRM).

Ibu kepada Dato Alif Syukri itu juga kini memiliki perniagaan rumah hutan dan selesa menjalani PKP disitu kerana lebih dekat dengan suasana hutan dan kampung. Menurut beliau suasana seperti itu dapat mendamaikan hati beliau dan terpesona dengan keindahan alam.

Sering berkongsi rutin dan aktiviti di kawasan eksklusif berkenaan, ibu kepada usahawan Dato Seri Aliff Syukri ini menjelaskan rumah hutan berkenaan tidak sekadar menyediakan pakej penginapan yang mengetengahkan elemen tradisi melayu malahan beliau juga turut menyediakan rawatan urutan tradisional.

Pakej yang di sediakan juga sangat berbaloi dan menarik buat yang teringin untuk merehatkan badan dan minta selepas penat bekerja.

Muatnaik satu video terkini di instagram, video tersebut memaparkan Bonda Rozita sedang mengajar beberapa orang cucunya mengaji Al-Quran dan membetulkan bacaan Al-fatihah mereka.

Bonda juga ingin menanamkan minat kepada cucunya untuk mempelajari Al-Quran. Jika salah bacaan, maka akan membawa maksud yang salah.

Hasrat bonda supaya cucunya itu celik agama dan boleh gunakan ilmu agama sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Bonda Rozita juga mahu cucunya itu meminta ibu bapa mereka mendaftarkan mereka ke kelas tajwid dan mengaji Al-Quran.

Menjengah keruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan Bonda yang menyemaikan sifat untuk cintakan Al-Quran kepada cucu-cucunya sejak daripada kecil.

Mereka juga berkata tindakan Bonda itu betul untuk memberikan kesedaran tersebut buat cucunya pada usia yang masih muda. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Assalamualaikum bonda kesygan..Iya bonda,terima kasih atas pesanan bonda” – Netizen

“Terbaik ilmu bonda …berguna untuk org lain… Didikan y perlu di contohi …video mcm ni baru terbaik untuk masyarakat skrg” – Netizen

“Bonda ..sama mcm mak saya..semoga berkat ilmu yg disampaikan..aamiin” – Netizen

“Luv u bonda…terima kasih kerana mengingatkan semua orang…pkp ini terlalu banyak masa..tiada alasan tak sempat nak baca quran…” – Netizen

Ada betulnya juga cakap bonda tu. Semua ilmu penting tapi ilmu agama lebih penting kerana ilmu agama bakal menjadi jaminan ke akhirat. Pada usia Bonda tiada lain yang diharapkan buat anak-anak dan cucunya selain mendalami ilmu agama sebagai bekalan untuk kealam lain nanti.

Sumber : ig bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!