“Jgn ayu ayu sangat , nanti I kat0k pakai kaayu”- Nedim

Salah satu medium mengeratkan hubungan dengan rakan dan pengikut pada masa sekarang ini adalah melalui media sosial. Dalam pada berhubung, penggunaannya juga sesuatu yang menghiburkan. Apatah lagi bila mudah saja orang tersayang dan netizen untuk berkongsi dan meluahkan pendapat di situ. Netizen yang mengikuti perkembangan seseorang itu pun apabila membaca dan ‘terbaca’ boleh terhibur dibuatnya.

Rajin memuatnaik perkembangan semasa dan aktivitinya di medsos, selebriti, Nora Danish juga tidak ketinggalan ber’TikTok. Akhir-akhir ini, ada-ada saja content menarik yang tidak lokek dibelanjakannya buat tatapan netizen.

Terbaharu dan entrinya kali ini, Nora berkongsi aksinya yang ber’TikTok ketika memakai tudung bersama dua wanita mengikut rentak lagu bertajuk Gadis Dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim. Dengar lagu ini saja dah terhibur apatah lagi melihat mereka yang comel menari.

Menariknya ibu yang sudah melahirkan dua cahayamata mencecah usia 40 tahun ini kelihatan sangat comel dan ayu seperti lagu nyanyian Rahimah itu. Lucunya, suaminya, Nedim Nazri Aziz sempat pula menyelit di ruangan komen.

“Jngan Ayu Ayu sangat , nanti I kat0k pakai k4yu” coret Nedim. Aiyookkk… sama ada ‘jeles’, nak bagi tahu dirinya ada di situ supaya tak ada ulat bulu yang naik daun kat isterinya itu dan apa pun sebabnya Nedim tinggalkan komen itu, hanya dia yang tahu.

Bukan selalu Nedim muncul di komen hantaran Nora ni… Sehingga 12 jam lalu, komen itu juga mengundang lebih 1k likes dan banyak juga yang membalas komennya. Huh… ‘garang’ juga Nedim ya sampai nak kat0k (ketvk) Nora. Pastinya nak menyakat bininya saja la tu…

“Garang lg biar tmbh takut si ayu tu”, “haha ayu balik ayu… bossku dh mrh”, “haha kelakor….”, “haha ni lawak paling winnnnnn boss ned”, “boss_ned ber4ni ke tu, tido luar nnti mlm kang”. Itu antara komen balas netizen terhadap Nedim di coretannya itu.

Pandai suami isteri ini menghiburkan netizen. Memang mencuit hati juga dibuatnya. Apa pun dalam pada itu, ramai memberikan pujian terhadap penampilan Nora yang bertudung dalam hantarannya itu.

Tak kurang yang menyatakan Nora nampak remaja dan jelita sekali dengan memakainya dan ramai juga yang menitipkan doa agar her0in pernah popular dengan siri sitcom Puteri satu ketika dulu ini dapat terus kekal dengan imej sedemikian.

Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Parlimen Malaysia Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada awal Julai 2008. Pada 30 Mac 2017, dia berkahwin dengan Nedim yang merupakan anak kepada bekas menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sumber : Ig Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!