“Jatuh cinta dengan suara Ayyan, Merdu macam suara mama” – Suara anak lelaki Siti Nordiana tarik perhatian netizen

Nama penyanyi Siti Nordiana kini semakin dikenali setelah menajdi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-2. Vokal Siti Nordiana ternyata hebat dan dia bukan sahaja penyanyi biasa-biasa. Siti Nordiana mempunyai vokal yang mantap dan merdu. Untuk pengetahuan, Siti Nordiana mempunya seorang anak lelaki yang semakin membesar. Anak tunggalnya bernama Muhammad Rayyan Nakhaie yang berusia Sembilan tahun.

Baru-baru ini Nana telah memuat naik video bersama anaknya, Rayyan di mana anaknya telah menyanyikan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Naim Daniel iaitu ‘Sumpah’. Video tersebut menarik perhatian netizen kerana terpegun dengan suara Rayyan yang merdu seperti ibunya.

Malah ramai juga netizen yang ingin menjadi ahli ‘Fans Club’ Rayyan selepas mendengar suaranya.

Main nyanyi2 ngan rayyan_nakhaie2 lagu naimdanielx #sumpah . Ok mama nak jadi presiden fan club ayan

Ramai netizen juga tidak menyangka bahawa Rayyan turut memiliki suara semerdu itu. Memang betul kata pepaatah ‘Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi’.

Antara komen ntizen,

nanasyuralanachik, Canne laa tak sedap…time kak nana ngandung ayan pun still nyanyi kt stage ngn arrwah achik..comel je time tuu

ayuniaznah, Nak jadi naib presiden boleh x?. Mmg melting ye dgr. Suara ayyan merdu mcm Nana. Pastu ade husky sikit. Dap!

sarah_suhanah, Suruh rayyan cover lagu “on my way” nanaaaa plisss kita duk ulang je dengar yg rayyan nyanyi masa live tuuu. serius sedappp giler suara dia.

nurshaherma, Suara rayyan sedap sngat2. Kemana tumpahnya kuah kalau xke nasi kan..kalau mama jadi presiden..sy jadi naib presiden fan club ayan.

kamaroswati,Yaa Allah dik sitinordiana Sebak pulak dgr Rayyan nyanyi merdu sama mcm Mama ..moga terus membesar sbg anak yg soleh dan baikhati.

Sementara itu, Nama penyanyi Siti Nordiana kini semakin dikenali setelah menajdi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-2. Vokal Siti Nordiana ternyata hebat dan dia bukan sahaja penyanyi biasa-biasa. Siti Nordiana mempunyai vokal yang mantap dan merdu.

Untuk pengetahuan, Siti Nordiana mempunya seorang anak lelaki yang semakin membesar. Anak nya itu berumur 6 tahun.Siti Nordiana merupakan seorang ibu tunggal kepada Muhammad Rayyan Nakhie, anak bersama bekas suaminya, arwh Mohd Faizal Yusup yang merupakan seorang pelakon.

Faizal Yusup merupakan seorang pelakon yang popular menerusi watak Dani dalam drama “Adamaya” bersama Lisa Surihani dan Syed Hussein.

Hanya beberapa kali sebulan dapat bertemu buah hatinya, Rayyan.

Ternyata graf kerjaya Siti Nordiana memacu naik dengan baik sejak begelar juara Gegar Vaganza 2 kira-kira dua tahun lepas. No doubt, wanita ini laris dan sibuk dengan jadual kerjaya seninya sehingga mempunyai ruang cukup terhad bersama tersayang.

Akui penyanyi yang mesra di sapa Nana ini, rindu pada lelaki kesayangannya begitu mendalam kerana hanya dapat bertemu beberapa kali dalam sebulan. Ha, ramai yang suspense ingat Nana bercinta la tu. Kalau pun yaa kenapa tidak kan, maklumlah masih belum rasmi berpunya.

Rayyan, buah hati pengarang jantung Nana

Nana mengadu dia rindu teramat sangat pada anak tunggalnya Muhammad Rayyan Nakhaie yang berusia Sembilan tahun. Kata penyanyi lagu Paling Comel ini, sehinggakan persiapan sekolah buah hati yang dipanggil Rayyan itu juga tidak dapat dibuat.

“Mujur ada abang saya yang sudi membantu. Memang masa sangat terhad. Saya memang terangkan kepada Rayyan saya sibuk bekerja untuk mencari rezeki,” katanya sayu.

Nana agak terkilan kerana tidak sempat membuat persiapan sekolah Rayyan

Beliau berkata dirinya beruntung kerana Rayyan memahami dan tidak banyak perangai malah sudah terbiasa sejak kecil lagi.

Bukan memuji, Nana berkata dia bersyukur kerana heronya itu seorang yang sangat berdikari dan pandai membawa diri.

That is why, bila tamat pementasan teater Dia Semanis Honey Muzikal pertengahan bulan ini, Nana memang mahu luangkan masa bersama Rayyan.

Nana mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama Rayyan

“Ketika sibuk saya tetap tidak lepas tangan saya memang hubungi Rayyan termasuk panggilan video bagi bertanya mengenai hal sekolah dan aktiviti hariannya,” katanya.

Sementara itu, Nana mengakui dia semakin seronok berlakon walaupun agak malu ketika percubaan awal sebelum ini.

“Syukur saya dapat team dan kru yang sangat supportive dan sporting. Kalau untuk teater baru-baru ini kami memang sudah seperti family. Kami memang rapat dan ada group WhatsApp sendiri walaupun dah habis shooting sejak setahun lalu,” katanya.

Nana juga mengakui bersedia untuk menerima tawaran yang sesuai dalam bidang lakonan pada masa depan.

Sesibuk mana sekalipun, Nana akan tetap menghubungi Rayyan melalui panggilan telefon atau video call

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan pasaangan duetnya Allahyarham Achik Spin melalui lagu Memori Berkasih ini juga sedang mencari material untuk single dan albumnya.

“Saya juga tidak menolak untuk berduet tapi jujurnya bukan mudah untuk mendapat pasaangan duet yang serasi.

“Mengenai lagu baharu, saya sedang mencari bahan dan akan lahirkan single tidak lama lagi,” katanya

Menurut Siti Nordiana dia sanggup membawa anak lelakinya ke sesi latihan teater Dia Semanis Honey.

“Tak bolehlah nak tinggal Rayyan lama-lama, saya cepat rindu jadi saya ambil inisiatif bawa dia bersama ke tempat latihan.

“Dalam seminggu, adalah dua tiga kali saya bawa janji dia ada depan mata saya. Tiga hari pun jadilah, tak sangguplah nak tinggal dia.

“Saya akan pastikan supaya dapat luangkan masa dengan Rayyan, saya tak mahu dia rasa sunyi. Sibuk macam mana pun saya akan pastikan ada masa bersama dia.

“Lagipun bila kita dah ada anak ni cara kerja kena lain sikit dan saya kena pandai bahagikan masa antara kerjaya dan anak,” katanya.

Sementara itu, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar.

Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali Nana, peminat suka melihat apabila mereka rapat apaatah lagi jika bersatu hingga ke jannah.”Peminat ini… memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka.

“Jadi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka smule lagi, malah show bersama.

“Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada sebagai kawan. Tapi kalau dah dijodohkan dengan dia saya tak boleh nak buat apalah,” katanya tersenyum.

Walaupun berbeza sembilan tahun lebih berusia, Nana, 34, tidak menolak jika itu sudah ketentuan-Nya. “Bagaimanapun, usia itu bukan penghalang. Meski jarak usia jauh berbeza boleh sahaja berkahwin.

“Apa pun ini semua kuasa Tuhan, kalau dah takdir dengan orang muda saya terima sahaja,” jelasnya.

Sumber: Ig sitinordiana via mediaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*