Intan Najuwa Selamat Bertunang. Tak Sangka Tunang Dia Bukan Calang-Calang

Intan Najuwa mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekaasih Paksa Rela gandingan bersama Remy Ishak. Lahir pada 18 Ogos 1997, Intan kini menginjak usia 22 tahun. Siapa sangka pada usia semuda itu Intan telah memilih untuk mengikat tali pertunangan. Apa yang menarik, beza usia antara mereka dan difahamkan tunangnya bukan calang-calang juga.

Meskipun jarak perbezaan usia 16 tahun namun ia tidak menjadi halangan kepada pelakon Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka bernama Razrul Anwar Rusli, 38 tahun.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran pemuda tersebut.

” Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.

” Sebenarnya kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.

” Saya tidak pernah berkawan dengan seseorang yang jauh lebih tua dari usia saya. Selepas mengenali dia, saya rasa keserasian itu ada.

” Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya,” katanya kepada mStar.

Majlis pertunangan diadakan di Thistle Hotel, Johor Bahru pada 18 Ogos adalah bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22. Ia berlangsung meriah dengan dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Aktres drama Tuan Danial itu mengenakan sepasang busana rona ungu itu kelihatan cantik, sama padan dengan tunangnya yang begitu manis.

Dalam pada itu, Intan memberitahu belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis pernikahan disebabkan jadual kerja yang sangat padat.

Namun merancang untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan.

” Kami belum ada tarikh tetap… tapi dalam perancangan nak ikat enam bulan.

” Kalau boleh saya taknak bertunang lama-lama. Tapi disebabkan jadual kerja kami yang agak padat membuatkan kami tiada tarikh sebenar.

” Tengoklah macam mana… kalau dah confirm nanti, saya akan kongsikan dengan semua,” katanya.

Tunang bukan calang-calang

Berdasarkan carian. tunang Intan iaitu Razrul Anwar Rusli ini merupakan seorang usahawan berasal dari Kedah, yang kini berusia 38 tahun.

Selain itu, Razrul juga merupakan Presiden Malaysia Professional Assosiation (MPA) dan beliau juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru.

Sebelum itu, Pernah berdepan kegagalan cinta, pelakon Intan Najuwa akur untuk tidak terlalu terbuka berkongsi hal peribadi, terutama berkaitan soal hati di laman sosial.

Menjadikan pengalaman lalu sebagai iktibar, Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, dia kini memilih untuk tidak terlalu mendedahkan identiti teman lelakinya kepada umum.

“Saya tidak mahu lagi kisah peribadi terlalu digembar-gemburkan. Biarlah identiti teman lelaki saya tidak diketahui umum. Lebih baik begini kerana sebelum ini, saya terlalu terbuka dan berkongsi segala-galanya di laman sosial.

“Saya dan teman lelaki sudah lama mengenali antara satu sama lain. Bermula sebagai kawan, tetapi apabila ada keserasian, kami bersedia untuk membawa hubungan itu ke fasa lebih serius.

“Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selebihnya, doakan sahaja yang terbaik buat kami,” kata Intan.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama, Kekaasih Paksa Rela bersama Remy Ishak itu berkata, kegagalan cinta lalu juga membentuknya menjadi semakin positif.

“Sebelum ini, empat tahun saya bercinta, namun akhirnya saya dan bekas kekaasih memilih untuk membawa haluan masing-masing. Kami berpisah bukan kerana orang ketiga.

“Biarpun kecewa, pengalaman itu banyak mengajar saya memikirkan diri dan perancangan masa depan. Saya semakin fokus membina kerjaya dan tidak mahu minat dalam bidang lakonan tersasar.

“Tidak mengapa, itu semua cerita lama. Lagipun, sudah setahun ia berlalu. Sekarang, saya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan hal peribadi, cukup saya yang tahu,” katanya.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Intan yang bernaung di bawah pengurusan Paranormal Talents sejak Disember lalu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Cinta Sesungguhnya bersama Fikry Ibrahim.

“Saya perluukan syarikat pengurusan yang mampu membawa kerjaya saya ke tahap lebih baik. Saya lihat Paranormal Talents mempunyai kelebihan itu, apaatah lagi saya perlu menggilap semula nama selepas berehat seketika untuk bersama keluarga.

“Melihat pencapaian beberapa artis yang bernaung di bawah pengurusan itu, membuatkan saya yakin dengan kredibiliti mereka. Selepas membintangi Kekaasih Paksa Rela, saya pulang ke Johor untuk bersama keluarga.

“Lagipun, ketika itu, ayah kurang sihat. Agak lama juga di kampung, baru saya bersedia untuk kembali aktif berlakon,” kata Intan.

Sumber: mstar dan razrulanwar.com via ariana rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*