Inilan 8 Barang ‘Rare’ Orang Jadikan Hantaran Kahwin, Serius la

Bila dah cukup kumpul duit tak kisahlah korang main kutu atau menabung sejak mula kerja dulu, apa perkara pertama yang korang inginkan? Semestinya, kahwin kan! Siapa taknak kahwin? Tengok member shopping, jalan-jalan, melancong dan bercuti laki bini, tak jeles keee? Bila nak kahwin, macam-macamlah kena buat persediaan termasuklah menyediakan barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti.

Bagi orang dulu-dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, set wangian, seperangkat alat solat, sepersalinan baju, senaskah Al-Quran atau jam serta banyak lagi keperluan diri yang dirasakan bersesuaian.

Tapi sekarang, fuhh lagi advance hantarannya! Orang serkarang ni memang semakin kreatif, macam-macam jenis hantaran ‘rare’ diorang bagi dengan rekaan cantik-cantik. Terkejut tok kadi dan orang ramai woi! Haha… Jom kita tengok antara 8 barang hantaran ‘rare’ yang pernah orang Malaysia bagi kat pasaa ngan masing2 sampai kecoh kat media sosial kita… Minda diluar kotak betul! Hahaha

1. Permainan FIFA18, PlayStation 4 untuk pasaa ngan yang ‘kaki gamer’

Kaki gamer’ memang suka kalau dapat hantaran PlayStation 4, bahagia hidup beb. Mesti dia tak keluar lepak mamak, merayap jumpa kawan atau balik kerja lambat. Tak perlu risau la kalau laki korang nak berlaku curang… Tak akan punya! Lagi satu kalau dapat bini yang kaki gamers, silap haribulan dia pun join main sekali. Boleh main sama-sama hilangkan stress lepas balik kerja

2. Aksesori motosikal atau kereta. Kasi modified kenderaan tu cun-cun!

Ini pun menjadi antara kegemaran dan kegilaan ramai lelaki. Selain game, orang lelaki ni suka aksesori kereta atau motosikal! Dari beli sendiri, alangkah baiknya kalau pihak pasa ngan bagi hantaran barang-barang kereta atau motosikal contohnya helmet ke, sport rim ke atau apa-apa lah…

Nampak ‘rare’ tapi sekali dah dapat, memang sayang habis kat bini tu… Percaya atau tak, diorang pandai ubah suai kenderaan ikut kepuasan dan style yang diorang nak. Memang bahagia la hidup korang bila boleh bergaya dan tunjuk kat member-member… Tersenyum je bawak bini kat belakang… Hehehe

3. Peralatan dan bahan untuk memasak. Tandanya supaya bini korang rajin masak…

Barang hantaran ni paling ‘rare’ sekali tapi sangat unik dan memberi makna yang mendalam. Orang perempuan kalau dapat lesung batu, periuk, kuali atau bahan memasak seperti minyak, minyak dan sebagainya, korang kena fahami bahawa suami korang tu nak korang rajin masak kat rumah. Takkan suami selalu nak kena ‘makan luar’ kot?

Bila dah selalu masak untuk suami, tambah-tambah lauk kesukaan dia, suami pun suka dan bertambah sayang. Barulah hidup bahagia… Tak gitu korang?

4. Haiwan peliharaan. Comel habis!

Alolo cutenya buat hantaran haiwan peliharaan kat pasa ngan korang.. Barang hantaran ni boleh dikategorikan ataran barang hantaran paling comel. Mesti salah seorang pasa ngan tu pencinta haiwan kan ?

Rare dan cute habis bila dulang hantaran ada kucing ataupun haiwan yang comel-comel dibuat hantaran… Nanti bila dah duduk serumah bolehlah bela sama-sama. Kalau salah seorang outstation, Tiadalah seorang lagi bosan tinggal bersendirian dirumah. Boleh main dengan kucing.

5. Buahan dan sayuran. Dengar macam biasa je tapi bukan? Tapi ni rare

Kalau tradisi orang dulu-dulu bagi buah-buahan segar seperti oren, epal, anggur atau sebagainya. Tapi orang Malaysia zaman sekarang dah semakin kreatif, dari bagi buah biasa, diorang bagi pisang setandan, durian dan sayur seperti petai serta ulam-ulaman lain. Mungkin pasa ngan diorang suka petai? Letak je dulang hantaran tu depan pengantin, satu rumah bau!

6. Hantaran Televisyen untuk kegunaan korang jugak nanti…

Kalau dulu zaman belajar dulu tengok televisyen pun tak, kalau ada pun televisyen kecik atau tengok kat mamak je bila ada game bola. Haa, bila nak kahwin bagi la pasa ngan korang tu televisyen sebagai barang hantaran. Mesti senyum lebar punyalah… Bukan apa, televisyen tu pun nanti korang boleh tengok bersama jugak bila dah duduk serumah. Ada sikit hiburan lepas balik kerja…

7. Selipar jepun? Seriously?

Tak tahu apa niat sebenar pasa ngan korang bila jadikan selipar sebagai barang hantaran, tapi ia memang unik dan ‘rare’ betul kan. Hmm, kalau fikir balik boleh pakai dalam rumah atau ke jamban. Sebab biasanya lantai ni licin dan senang tergelincir, kalau pakai selipar kan selamat sikit. Nampak jugak pasa ngan korang tu pembersih dan prihatin…

8. Gitar untuk yang gila muzik. Untung boleh nyanyi lagu untuk pasa ngan!

Jenis lelaki yang suka main gitar ni memang sweet habis. Sesuai sangat dapat gitar sebagai hantaran. Untung-untung bila time bini merajuk, boleh pujuk dengan nyanyi lagu ‘slow talk’ sambil main gitar. Jangan sesekali pandang rendah pada lelaki yang main gitar tau… Harga gitar bukan murah, lepastu bakat memetik gitar bukan ada pada semua orang!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*