Inilah wajah isteri Rosyam Nor yang jarang didedahkan di media

Siapa tidak kenal Pelakon Popular Rosyam Nor. Bagi la apa pun watak kepadanya, dia akan bawa watak tersebut dengan sangat berkesan. Tapi ramai yang tak tahu rupa isteri Rosyam Nor yang jarang dihebohkan di media. Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok gambar-gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak?

Rosyam Nor juga mempunyai anak perempuan yang cantik. Mari kita lihat gambar- gambar di bawah.

Rosyam Nor dan Isteri

Isteri Rosyam Nor bersama dengan anak perempuanya Anis

Cantik dan nampak muda kan isteri Rosyam Nor. Selain itu Rosyam Nor juga mempunyai anak perempuan yang cantik bernama Anis iaitu kawan baik kepada Elfira Loy.

Sebelum itu, Mstar melaporkan Pelakon Datuk Rosyam Nor tidak akan bersara daripada dunia lakonan biarpun kini mengembangkan bidang perniagaannya menerusi pembukaan pasaraya ST Rosyam Mart.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 51, berkata dia akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selagi ada permintaan.

Malah, dia tidak mahu melupakan rezeki yang diperolehnya ketika bergelar pelakon memandangkan bidang itu adalah minatnya.

“Selama 36 tahun saya berlakon dan saya tidak akan berhenti berlakon. Rasanya kalau tak ada lakonan, saya tak akan jadi diri saya sekarang.

“Saya tidak akan lupakan dunia lakonan kerana itulah titik permulaan saya.

“Sebab saya memang minat berlakon. Saya akan teruskan berlakon selagi orang memerluukan khidmat saya sebagai pelakon,” katanya kepada mStar Online.

Rosyam ditemui ketika majlis SALE-A BRATION ST Rosyam Mart di Pejabat Tingkat 1, Ruang Parkir, Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa pada Sabtu.

Tambah Rosyam, dia kini lebih menumpukan untuk menghasilkan filem berbanding drama yang memerluukan masa yang agak lama.

“Sekarang ini saya limitkan lakonan dan tumpu pada filem sahaja. Tiga filem lakonan saya sudah pun siap dan akan ditayangkan tahun hadapan.

“Kalau lihat saya berlakon drama pun mungkin setahun sekali untuk hari raya sahaja.

“Saya tak nak ambil tawaran berlakon drama sebab ambil masa yang lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Gngster 2 ini mahu menjadi inspirasi kepada peminatnya bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga dalam perniagaan.

“Saya bukan seorang yang berpendidikan tinggi dan datang daripada keluarga susah.

“Sebab itu, saya mahu berkongsi pengalaman perjalanan hidup kepada peminat yang majoritinya masyarakat Melayu.

“Macam mana sekali pun perlu bekerja keras untuk mencapai sesuatu impian. Saya bukan sahaja mahu menjadi inspirasi dalam bidang seni tapi juga dalam bidang perniagaan,” katanya.

Biodata Rosyam Nor

Nama penuh: Mohamed Noor bin Shamsuddin
Nama popular: Rosyam Nor
Tarikh lahir: 1 Mac 1967
Umur: 51 tahun

Kelahiran: Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan, Malaysia)
Pekerjaan: Pelakon, penerbit, pengacara, model dan usahawan
Media sosial: Instagram iamrosyam

Fakta Menarik

1. Anak keempat daripada enam adik-beradik.

2. Anak kepada pasaangan Shamsuddin Mohd. Yusof dan Rubiah Kamarudin. Nama Rosyam diilhamkan hasil gabungan nama kedua ibu bapanya.

3. Bapanya mnggal dunia pada tahun 2008 kerana skit tua.

4. Adiknya, Azman juga merupakan pelakon. Selain itu, seniman Hussein Abu Hassan adalah bapa saudaranya, manakala pelakon terkenal, Faizal Hussein merupakan sepupu beliau.

5. Rosyam sewaktu usia kecil hanya tinggal di rumah setinggan bersama keluarga. Beliau mendapatkan pendapatan dengan menjual himpunan kotak yang dikutip.

6. Di usia 13 tahun, beliau menjadi pembantu kedai runcit, bagaimanapun masih tidak mengabaikan soal pendidikan.

7. Rosyam hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8. Ketika berumur 18 tahun, beliau menjadi kakitangan am di Berjaya Film Productions. Antara tugas yang dijalankannya termasuk bekerja sebagai kru di belakang tabir termasuk mencuci tandas.

9. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1986.

10. Antara filem popular lakonannya seperti Gila-Gila Remaja, Jimi Asmara, Maria Mariana II, Lenjan, Gerak Khas The Movie, KL Menjerit, Laila Isabella, Janji Diana, Gangster, Castello, KL Gangster 2, Mat Moto, KL Special Force dan Lee Chong Wei: Rise Of The Legend.

11. Pembabitannya dalam drama, antaranya menerusi Idaman, Rindu Semakin Jauh, Biarku Sentuh Cintamu, Cinta Elysa, Setia Hujung Nyawa, Tersuka Tanpa Sengaja, Jangan Benci Cintaku dan Selaafaz Cinta.

12. Menerusi telefilem, Rosyam pernah membintangi Tuminah, Playboy Pencen, Pondok Buruk, Sekeras Kerikil, Cinta Selat Tebrau, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Pendosa Ingin Ke Syurga dan banyak lagi.

13. Meraih pelbagai pengiktirafan anugerah seperti di Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Seri Angkasa.

14. Tidak hanya sebagai pelakon, beliau juga merupakan seorang petani berjaya yang terlibat dalam projek tanaman nangka madu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Pahang pada tahun 2010.

15. Beliau juga terlibat dalam bidang perniagaan menerusi pembukaan kedai serbaneka ST Rosyam Mart di Setiawangsa pada Jun 2018, hasil usahasama dengan syarikat Sri Ternak. Menurutnya, tiga lagi cawangan pasar raya itu akan menyusul.

16. Antara lain, beliau mengeluarkan produk berasaskan durian belanda diberi nama ‘Adraa by Rosyam Nor’ pada 29 Ogos 2018. Rosyam juga merupakan jurucakap produk minyak argan, Luxone Argan Oil, pernah membuka pusat penjagaan kesihatan pada tahun 2003 serta melabur di ladang herba di Kampung Paya Rumput di Msjid Tanah, Melaka, dikenali sebagai Taman Impian Herba dan Jati.

17. Mendirikan rumah tangga dengan Runika Mohd Yusoff pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang anak yang mana kesemuanya berjantina perempuan, iaitu Arniesha Azureen (kelahiran 1990), Nur Anis (1993), Nurlisa (1997), Syadira (2002) dan Zarith Maryam (2003). Pada Januari 2014, beliau menimang cucu sulung bernama Hanan Adraa bin Mohd Hafiz.

18. Pada Oktober 2013, beliau bersama jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dan penyanyi Ramli Sarip dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa kepada gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*