Inilah rahsia resepi telur dadar Thai yg sedap rangup, garing dan gebu montoq

Jika stok ayam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Ada apa dengan telur dadar Thailand itu ya? Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.Sebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini.

Resepi daripada Murni Rahmat‎ ini telah mendapat ramai perkongsian di laman Fbook. Sekarang masanya anda pula cubakan resepi telur dadar ala Thai ini. Selamat mencuba.

Resepi Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan :

4 biji telur, 1 sudu besar tepung, Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung, 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais, Garam/cukup rasa.

Cara-cara :

Kacau telur sampai semuanya sebati. Panaskan minyak sampai betul-betul panas. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.

Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.

Nota : Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi telur dadar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Anda boleh dapatkan resipi lain di bawah ye.
Resepi Cendol Buat Sendiri Mudah dan Lazat

Sedapnya kalau panas-panas dapat makan cendol kan? Rasa sejuk tekak gitu. Tapi itulah kalau nak makan anak beranak, nak ulang banyak kali makan duit juga nih. Tambah-tambah di zaman kegawatan ekonomi, pastilah kena jimat kan. Nak makan tapi nak jimat, senang jer caranya.

Jom buat sendiri. Caranya pun mudah sahaja. Tak susah pun. Cendol buat sendiri nih, dengan modal yang sedikit pun sekali buat dah boleh dapat banyak tau. Banyak-banyak tuh boleh simpan lagi. Bolehlah nak ulang makan banyak kali pun. Kalau nak buat sebagai dessert untuk tetamu dan majlis pun boleh. Nak buat jual apatah lagi.

mesti laris punya lah. Tambah-tambah musim panas. Modal pun tak banyak. Resepi Cendol yang dikongsi oleh Nurul Suhaila Lela Kembar di laman muka buku ini mudah, sedap dan yang paling penting sangat sesuai untuk yang inginkan menu dessert untuk sejukkan tekak waktu musim panas-panas. Jadi apa lagi? Dah tak sabarkan. Jom cuba resepinya.

Resepi Cendol

Bahan-bahannya: 1 cawan tepung jagung, ½ cawan tepung beras, 2 sudu besar tepung ubi, 3 cawan air pandan, ½ sudu kecil air kapur, Secubit garam.

Cara-cara pembuatannya:

Gaul semua bahan sampai sekata, Tapis dan masak dengan api sederhana, , Sebelum nak ‘mencendol’, letakkan ais dan air di dalam besen, Apabila adunan dah masak dan pekat, masukkannya dalam bekas yang nak buat cendol., Simpan dalam peti sejuk.

Senang dan mudahkan? Bahan pun tak banyak kan? Apa lagi bolehlah sediakan bahan-bahan lain seperti santan, kacang merah, jagung, pulut dan sebagainya. Kalau rasa-rasa nak makan cendol durian, bolehlah beli durian. Yummy. Selamat mencuba.

Smber :Murni Rahmat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*