Inilah pereka fesyen hijab Neelofa selama ini. Bukan calang – calang orangnya

Neelofa telah sinonim dengan fesyen. Beliau bukan sahaja berani mencuba sesuatu yang baru, tapi beliau juga sering muncul dengan penampilan yang luar dari kebiasaan. Fesyennya selalu menjadi perhatian netizen dan ada sesetengah ntizen yang suka mengkriitik penampilan dan ada mempersendakan fesyennya. Walaupun sering dikriitik orang ramai, namun Neelofa tetap mempertahankan stail yang digayakannya. Bahkan, beliau tidak pernah sesekali pun menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Neelofa bersama adiknya Ameera di dalam satu shoot untuk majalah fesyen, kecantikan cittabellamalaysia untuk edisi ogos.

Penampilannya sekali lagi menarik perhatian netizen, mereka memberi pendapat masing masing ada yang menyatakan Neelofa nampak stylo dengan penampilan ini.

Sebelum ini Neelofa selalu di kcam gaya fesyennya, Neelofa mengaku sudah lali dengan kritikan netizen.

“Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali.

“Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif,” katanya.

Walaubagaimana pun, Neelofa seorang yang sangat berani dan berjaya dalam kerjayanya yang patut kita kagumi. Agaknya siapa pereka fesyen hijab Neelofa selama ini ?Di sini kami kongsikan sedikit tentang beliau. Ternyata pereka fesyen hijab Neelofa bukan calang calang orang, hebat.

Muhammad Nazrul Anas bin Zunaidi, 27 cukup mencintai bidang yang diceburinya. Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dari UiTM Shah Alam, ia bukanlah satu halangan untuk jejaka yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini untuk mengecapi impiannya. Kini, Nazrul Anas yang lebih mesra disapa Naz mempunyai syarikat yang diberi nama Naz Living A Style Enterprise dan menumpukan perhatian sepenuhnya buat bisnes yang telah beroperasi selama dua tahun.

PENDAPAT MENGENAI FESYEN

Fesyen mempunyai dunianya sendiri dan ia sangat mencabar. Bagi yang bekerja di dalam dunia ini pastinya harus bersedia dengan arus perubahan yang semakin pantas bergerak dan maju ke hadapan seiring dengan dunia yang menuju ke arah kemajuan. Contohnya, jika dahulu, wanita berhijab tidak diberikan perhatian dalam dunia fesyen, tapi hari ini banyak jenama fesyen sudah mula memberikan perhatian dan mengeluarkan barisan item fesyen yang ditujukan khas buat wanita berhijab. Sebagai penggerak dalam bidang fesyen, saya harus peka dan bersedia dengan perubahan global ini.

PERKARA PENTING DALAM MENATA GAYA

Sudah tentu bentuk badan, perwatakan ataupun personaliti dan umur menjadi antara perkara yang menjadi garis panduan untuk saya menata gaya seseorang individu itu. Tidak ketinggalan, untuk tidak bergaya syok sendiri saya sangat menitikberatkan tentang apakah tema majlis agar gaya yang akan dipakai oleh si pemakai akan kelihatan sesuai dan menepati kehendak majlis atau tema acara.

HIJAB SEMPURNA

Setiap penata gaya hijab ada cara yang tersendiri untuk memastikan hijab yang dipakai kelihatan kemas dan sempurna. Kadangkala ia akan mengambil masa yang lama dan kadangkala perlu sedikit saja masa persediannya. Apapun teknik, saya rasa yang paling penting adalah setiap sentuhan harus diberikan perincian sedalam-dalamnya. Jangan buat sambil lewa dan lakukan dengan penuh sentuhan ikhlas dan berseni.

INSPIRASI

Inspirasi saya adalah wanita wanita ikon fesyen dunia dan saya gemar membuat ‘research’ tentang padanan warna yang sesuai agar gaya si pemakai akan kelihatan segar dan tidak ketinggalan zaman. Padanan warna untuk setiap helaian pakaian, potongan pakaian terutama apabila meilbatkan wanita berhijab; sudah tentu potongan tidak boleh terlampau ketat dan akhir sekali penggunaan aksesori sebagai pelengkap kepada keseluruhan gaya.

FESYEN DAN PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman saya, cara paling mudah adalah dengan cuba untuk mengetahui apakah sebenarnya gaya yang menjadi kegemaran kita. Contohnya, kita punyai gaya selebriti yang menjadi kegemaran kita, mungkin itulah juga fesyen yang sesuai dengan personaliti kita. Paling penting, rajinlah membuat rujukan dengan laman web fesyen yang kini mudah di hujung jari sahaja.

IKON FESYEN PILIHAN

Law Roach (Image Architect), bagi saya beliau seorang fashion stylist yang telah mencipta banyak kelainan dalam industri fesyen dunia. Beliau antara individu terpenting dalam setiap fenomena yang dicipta bersama ramai selebriti terkenal dunia. Tak salah jika saya katakan beliau buat saya rasa yakin bahawa kerjaya sebagai ‘fashion stylist’ benar benar ada kepentingannya kepada dunia.

Tenyata beliau seorang pereka fesyen yang hebat selalu dress up hijab Neelofa supaya sentiasa nampak kelainan dan sangat berstyle dalam penampilan fesyen Neelofa. Neelofa seorang wanita yang hebat yang patut kita contohi kerjayaannya di dalam negara juga di luar negara menjadikan dia seorang wanita yang sangat di kagumi. Apa komen korang?

Sumber : ig nazlivingastyle

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*