“Inilah Aqish yg sebenar nk bukak mulut pun perlahan ayat diatur” – Norkhiriah

Mendidik seorang anak itu mempunyai adab dan akhlak yang baik bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana mereka akan jadikan kita sebagai cerminan untuk mereka pelajari sesuatu adab itu. Bermakna jika kita tidak menerapkan adab dan akhlak yang baik, anak-anak kita tidak tahu hendak mencontohi sesuatu sifat yang baik itu. Makanya ia bermula dari diri kita sendiri.

Siapa lagi tidak mengenali seorang pelakon kanak-kanak yang popular pada satu ketika dahulu dengan pembawaan watak lakonanyang menyayat hati iaitu Puteri Balqis.

Pejam celik, tahun berlalu tahun, Puteri Balqis pun membesar menjadi seorang remaja. Namun semakin beliau membeliau beliau sudah kurang muncul di kaca tv.

Namun pada tahun lepas, beliau muncul juga dalam kongsian gambar Nabila Huda dimana beliau membuat penggambaran sebuah drama bersama remaja itu.

Dikatakan ramai peminat yang menanti kemunculan kembali Balqis dalam drama tempatan. Ini kerana lakonan beliau suatu ketika dahulu sangat menyentuh hati dan perasaan warga netizen.

https://www.instagram.com/tv/CYm7OyfpTn6/?utm_medium=copy_link

Baru-baru ini, pelakon wanita Norkhiriah berkongsi bahawa beliau dan Puteri Balqis akan menjayakan sebuah drama yang berjudul ‘Itulah Takdirnya’. Dan beliau ada berkongsi beliau berbual dengan Balqis mengucapkan selamat maju jaya setelah selesai penggambaran drama tersebut.

Di dalam video tersebut, Norkhiriah sempat berseloroh mengatakan suara Puteri Balqis tidak terkeluar dek kerana terlalu lemah lembut apabila bercakap sesuatu. Di kapsyen beliau juga, Norkhiriah memuji Puteri Balqis yang sangat menghormati orang lain selain dari berbudi bahasa.

Netizen juga sempat memuji kelembutan Puteri Balqis dalam tutur katanya dan merasa malu kerana jarak umur yang jauh lebih tua tidak selembut seperti Puteri Balqis yang jauh lebih muda. Ada juga yang memuji cara didikan yang diberikan oleh ibu Puteri Balqis sehingga beliau menjadi sangat lemah lembut

Jarang kita dengar remaja seperti Puteri Balqis yang sangat menjaga tutur katanya. Remaja zaman sekarang lebih tertumpu pada trend- trend terkini namun tidak bagi Puteri Balqis. Beliau juga tiada laman ig seperti remaja-remaja lain.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!