Ini Sebab Fizo Omar Sedih Pada Majlis Pernikahan Adik Bongsunya

Pelakon dan usahawan Fizo Omar meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat menjadi wali kepada adik bongsunya, Nini Adila yang melangsungkan majlis pernikahan pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Fizo, 34, berkata dia sudah memastikan segala urusan majlis adik perempuannya itu berjalan dengan lancar biarpun tanpa dirinya yang kini sedang mengerjakan ibadah haji. “Sedih VS bangga. Sebagai seorang abang dan ‘bapa’ kepada adik bongsu perempuan dan sepatutnya menjadi walinya, aku rasa sedih sebab tak boleh ada sekali ketika majlis berbahagianya.

“Dah lama rancang nak sama tarikh, tapi perancangan Allah lebih baik, dia jemput aku jadi tetamuNYA pada tahun ini. Jadi aku serah saja pada Allah dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Adik bongsu yang aku sayang nini.adila dah pun selamat diijabkabulkan,” kata Fizo menerusi laman Instagram miliknya.

Difahamkan majlis pernikahan adik perempuan Fizo itu dengan pemuda bernama Khai telah diadakan di Msjid Besi Presint 3, Putrajaya pada Ahad lalu.

Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar sebelum ini tiba di Jeddah pada 7 Ogos lalu dan mengakui pengalaman yang diperolehnya sepanjang menunaikan rukun Islam kelima itu memberikan keinsafan pada dirinya.

Dalam pada itu, bek4s suami kepada usahawan Mawar Abdul Karim ini memberitahu dia masih ingat pesanan ar wah bapanya yang meminta untuk menjaga serta membimbing adiknya sehingga sudah berkahwin.

Kata Fizo, dia turut berbangga dengan adik bongsunya itu yang sentiasa bekerja keras untuk membalas jasa ibu dan adik-beradik mereka yang selama ini menjaganya.

“Lepas ar wah ayah pergi pada 2011, aku dan wanzack83 lah abang dan ayah kepada adik-adik dan keluarga. Pesan ar wah, jaga adik elok-elok dan bimbing dia sampailah dia dah kahwin nanti.

“Itulah tanggungjawab seorang abang. Aku bangga dengan adik bongsu aku ni. Siang malam dia usaha sebab dia nak balas balik jasa mak dan adik beradik yang jaga dia selama ni.

“Aku percaya pasaangan pilihan dia ni akan membimbing dan membawa adik aku ke syurga. Tahniah untuk anda berdua. Sampai Jannah. Abe (abang) sayang adik. Selamat datang ke keluarga kami, Khai,” ujarnya.

Sementara itu, Fizo Omar, 34, menyeru umat Islam untuk menunaikan fardhu haji dan merasai sendiri pengalaman seperti mana yang dilaluinya.

Menurut Fizo lagi, ibadah rukun kelima tersebut mencerminkan diri sendiri ketika menjalankan kewajipan rukun haji.”Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasai lah apa yang aku dah lalui.

“Kalau dah mampu tak perlu ditangguh lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi kepada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran Sang Pencipta,” coret Fizo di Instagramnya sewaktu bermalam di Muzdalifah, Makkah.

Fizo turut mengakui pengalaman yang diperolehnya memberikan keinsafan dan berharap semoga pada masa mendatang dijemput menjadi tetamu ALLAH sekali lagi.

“Bak kata ulama, suasana ini diibaratkan seakan-akan padang Masyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita.

“Siapa pun kau tetap sama sahaja. Bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Mudzalifah dengan penuh harapan keampuanan dari ALLAH.

“Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dengan niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Kita sama sahaja di mata ALLAH, hanya amalan kita sahaja membezakan kita semua,” akhirinya.

Sumber: mstar dan ig via ariana rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*