Ini pesanan makan dalam N4jib setelah BN memenangi Prk Semenyih

BN berjaya merampas kerusi DUN Semenyih daripada PH selepas calon mereka, Zakaria Hanafi menang dengan majori 1,914 undi dalam PRK DUN Semenyih. Zakaria memperoleh 19,780, menewaskan ga lagi lawannya, Muhammad Aiman Zainali (PH) 17,866 ; Nik Aziz Aq Abdul (Par Sosialis Malaysia (PSM)) 847 dan calon Bebas, Kuan Chee Heng mendapat 725 undi. Sebelum ini, malam terakhir tempoh berkempen pilihan raya kecil DUN Semenyih ditutup dengan laungan takbir bekas presiden Um no, Datuk Seri N4jib Razak, yang kembali popular dilambung fenomena “Bossku”.

Di hadapan kira-kira 1,000 penonton di ceramah di Taman Pelangi malam tadi, N4jib sebelum itu memuji keikhlasan PAS yang turun membantu kempen Barisan Nasional, dalam usaha gabungan itu merampas semula kerusi yang terlepas pada pilihan raya umum ke-14.

“Nanti PAS bertanding tempat lain, kita sokong PAS pula, kita tidak pernah mungkir janji,” katanya disambut sorakan para hadirin.

N4jib seterusnya mengetuai sorakan takbir 3 kali, menyimpulkan kerjasama Um no-PAS dalam kempen yang dikatakan mampu menghasilkan kejutan esok.

Dalam ceramahnya, N4jib memberitahu hadirin bahawa usaha menghapuskan tol bukanlah perkara baru dan pernah dilakukannya semasa pentadbiran lepas.

Beliau berkata dia tidak sempat meneruskan usaha itu kerana BN dikalahkan pada pilihan raya umum ke-14.

“Saya hapuskan tol Cheras-Kajang, ada 11 tol yang kita sudah hapuskan. Kalaulah saya ada kuasa, banyak lagi yang kita hapuskan,” katanya.

N4jib dipercayai merujuk kepada antaranya tol Batu 9 dan Batu 11 Lebuhraya Cheras-Kajang yang dihapuskan pada Mac 2012.

Beliau sempat menyindir cadangan Pakatan Harapan memansuhkan kutipan tol antara jam 11 malam hingga 5 pagi di 4 lebuh raya di Lembah Klang.

Gabungan pemerintah itu dikatakan pernah berjanji mahu memansuhkan tol semasa PRU-14.

“Tidak pernah saya terfikir. Ini perbodohkan rakyat, takkanlah 11 malam sampai 5 pagi sahaja?” katanya.

“Waktu solat Subuh pun masuk pada 6.06 pagi. Pengundi DUN Semenyih tidak bodoh,” tambahnya.

N4jib seterusnya berkongsi penerimaan luar biasa masyarakat Semenyih yang berpusu-pusu untuk bersamanya semasa melawat Tesco Semenyih minggu lalu.

“Orang kata ada 8,000 orang yang sambut saya, sedangkan saya tidak sediakan makanan pun. Saya juga tidak sediakan pengangkutan, tidak berikan hamper, saya cuma iklankan di Facebook sahaja, ada 8,000 orang yang datang.

“Lepas itu, pemimpin PH pun tiru saya. Tidak sama macam ‘Bossku’,” katanya
Kemenangan Berpihak Kepada BN Di Semenyih, Ini Kata-Kata Penuh Makna N4jib Razak

Di Semenyih, jentera Barisan Nasional bukan sahaja berdepan dengan Pakatan Harapan malah seluruh jentera dan sumber yang ada pada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Bermula dengan program penukaran minyak hitam percuma, kemudian janji-janji pembinaan klinik kesihatan dan hos pital, dana penyelenggaraan dewan, pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah, pengawalan harga minyak dan baru-baru ini janji kajian pengambilalihan konsesi tol.

Bandingkanlah dengan calon BN Zakaria Hanafi yang hanya bermodalkan keikhlasan senyuman, doa dan berjabat tangan untuk memenangi rakyat Semenyih.

Terima kasih kepada semua pengundi Semenyih yang memberikan keyakinan kepada Zakaria Hanafi dan Barisan Nasional untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.

Kemenangan kepada Barisan Nasional ini membawa maksud yang besar – kebangkitan rakyat!

Kini tiba masanya untuk rakyat menuntut segala kajian yang dijanjikan dan janji yang telah dibuat kepada rakyat, bermulalah dari PRU14 sehingga PRK kali ini oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah PH.

Takkanlah tiba-tiba Semenyih dah tak perlu klinik, tak perlu hos pital, tak perlu jalan raya baik.

Janji yang ditabur itu kita lihatlah sama ada benar-benar ikhlas atau sebenarnya janji bersyarat.

Jangan kita beri peluang kepada Kerajaan hari ini sekadar bercakap kosong demi undi.

Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini dan rakan-rakan kita dari PAS yang turut menyumbang tenaga dan membantu kita di setiap PDM.

Juga kepada semua pengundi di Semenyih.

Terima kasih!

Barisan Nasional tidak akan tumbang.

Setiap cabaran yang kami hadapi hanya akan memperkukuhkan parti.

Saya yakin Barisan Nasional akan dapat menempuh segalanya dan bangkit demi rakyat.

Hidup rakyat!

Sumber dari MalaysiaKini/theklasik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*