“Ini membuktikan bkn pompuan je boleh naangis sbb lapar” – Netizen

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini bergelar usahawan telah melangkah setapak lagi sebagai seorang youtuber dengan membuat ulasan mengenai makanan-makanan yang dicadangkan oleh para peminat di saluran y0utube beliau iaitu Sharnaaz Ahmad TV. Jika dilihat di ruangan komen di saluran youtube beliau, rata-rata peminat menyukai ulasan makanan yang dilakukan oleh Sharnaaz kerana pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta itu sangat jujur dan tidak hip0krit ketika membuat ulasan.

Walaupun pelakon dan usahawan tersebut mempunyai rutin harian yang padat dengan pelbagai urusan kerja, namun sebagai bapa yang sangat penyayang, Sharnaaz tetap berkesempatan meluangkan masa untuk membuat aktiviti bersama anak kesayangannya Jebat Jayden.

Jebat yang bakal menginjak usia 3 tahun pada bulan Ogos ini mempunyai tarikh lahir yang istimewa kerana berkongsi tarikh lahir berkenaan dengan Sharnaaz. Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 bersamaan pada hari lahir Sharnaaz yang ke 33 sewaktu Sharnaaz menimang cahaya mata sulungnya itu.

Menyingkap perkembangan terbaru kehidupan pelakon tersebut, Sharnaaz baru-baru ini telah turut serta menghulurkan bantuan dalam kempen bendera putih yang tular di dalam negara.  Sharnaaz memuatnaik hantaran mengenai inisiatif syarikatnya yang turut sama menghulurkan bantuan barangan keperluan harian itu menerusi sebuah video berdurasi 2 minit di instagram peribadinya meminta orang ramai menghebahkan video tersebut kepada golongan yang memerluukan bantuan.

Beliau dan kakitangan syarikat miliknya iaitu Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV memulakan langkah berkenaan dengan 100 pek barangan sumbangan terlebih dahulu sebagai permulaan namun meminta kepada orang ramai yang prihatin untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan sekiranya berkemampuan.

Terkini menerusi instagram, Sharnaaz berkongsi pula video terkini beliau bersama anaknya Jebat Jayden. Menerusi video yang berdurasi 1 minit 25 saat, menunjukkan Sharnaaz bertanyakan kepada anaknya mengapa anaknya kelihatan sedih.

Setelah dipujuk oleh Sharnaaz akhirnya kanak- kanak comel itu memberitahu bahawa dirinya merasa lapar dan menyatakan keinginan untuk makan kentang goreng bersama ayam bakar.

Jawapan Jebat yang dalam kesedihan itu sangat mencuit hati dan menyebabkan Sharnaaz tertawa. Sharnaaz bagaimanapun berkata beliau akan memenuhi keinginan anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun itu.

Video Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya merasa kasihan terhadap kanak-kanak tersebut yang menangis dan merasa sedih kerana lapar. Netizen juga terhibur mendengarkan permintaan Jebat yang ingin makan kentang goreng bersama ayam bakar.

Lebih menghiburkan apabila Sharnaaz berkata beliau akan cuba mengusahakan permintaan anaknya yang ingin menikmati ayam bakar. Ramai sangat yang geram dengan muka comel Jebat Jayden yang sedih itu. Berikut dikongsikan pula komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen diruangan komen hantaran berkenaan.

“Alah alah cheq lapaq sampai sedih ka. Fries beli lebih sos tepi utk aunty nina k boy” – Nina Juren

“comeyyyy jebat sama ja my dear dgn aunty2 smua dlm ni,lapaq xbuleh bawak bincang woo.. teriaq duluu. good boy jebat” – Tash Yong

“mashaallah.. nangis2 pon still boleh bawa bincang lagi .. Moga kamu menjadi anak yg taat pada Allah dan Rasul..” – Netizen

“ololololo budak pintar good boy sangat-sangat jebat, semoga membesar menjadi anak yang soleh buat baba… aamiin… “ – Netizen” – Netizen

Netizen juga tidak henti memuji kecomelan Jebat berserta rambut cendawannya. Mereka berkata terlalu geram dengan kecomelan wajah kanak-kanak tersebut dan tidak jemu malahan sangat terhibur apabila melihat telatah Jebat bersama Sharnaaz.

Memandangkan saluran youtube Sharnaaz kini sedang mendapat sambutan menggalakkan daripada para penonton, ada netizen yang berkata Sharnaaz boleh mengajak anaknya untuk membuat kemunculan bersamanya di saluran berkenaan. Kecomelan Jebat Jayden memang tidak dapat dinafikan lagi. Mudah-mudahan Sharnaaz sentiasa berbahagia dengan anaknya itu.

Sumber : ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!