Ini kata-kata pemilik treler untuk susu yg sudah diminum, memang tak sangka

“KALAU sudah terminum, jadi drah daging, saya halalkan tapi kalau masih belum guna susu itu, tolong pulangkan,” kata pemilik treler, Azizan Zainudin, 57. Azizan berkata, setakat ini dia menerima banyak permohonan maaf dan orang ramai memulangkan semula susunya yang dikutip dalam kejadian treler terbalik, Rabu lalu. Katanya, ada individu mendakwa terikut dengan tindakan orang ramai mengutip susu selepas treler dipandu anaknya, Mohd Baihaqi, 25, terbalik.

“Orang ramai hubungi saya dan memohon maaf selain beritahu ada memberi susu itu kepada keluarganya termasuk bapanya yang akan mengerjakan haji bulan ini, jadi dia mohon halalkan.

“Saya ingin tegaskan, saya halalkan untuk yang dah terminum, dah guna sebab benda dah terjadi.

“Cuma, saya minta mereka bantu selesaikan masalah saya untuk buat tuntutan insurans dengan memulangkan kembali susu belum digunakan,” katanya ketika dihubungi di Bachok, hari ini.

Menurutnya, selepas jadi k3s polis, semua susu itu dibawa ke balai untuk siasatan dan mungkin memakan masa berbulan-bulan untuk selesai.

“Ada yang dakwa, susu itu tarikh luputnya dua bulan lagi, jadi saya kena ganti, banyak saya terpaksa tanggung.

“Jadi kalau betul-betul nak bantu, bantu dengan hantar segera susu untuk saya selesaikan hal ini dengan pemilik barangan di gudang di Pengkalan Chepa.

“Kalau nak minta sedekah, saya malu dan buntu untuk selesaikan kos ganti rugi kerana tuntutan insurans tak cukup untuk selesaikan kos kehilangan susu dan membaiki lori,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi berkata, bagi k3s kecurian susu, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Sksyen 379 Kanun Kesksaan.

Katanya, malam tadi pihaknya mengambil semua susu di rumah Azizan dan akan diserah kembali sebaik siasatan selesai.

Rabu lalu, tular rakaman video memaparkan orang ramai mengutip susu tin dari treler terbalik dalam kemlangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok.

Kemlangan pada 4 pagi dipercayai berlaku ketika lori dari Klang dalam perjalanan menghantar susu itu ke gudang di Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Polis membuka kertas siasatan mengikut Sksyen 379 Kanun Kesksaan kerana mencuri susulan tindakan orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran daripada sebuah lori yang terbabit dalam kemlangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan susu itu daripada pemandu lori berkenaan, Mohd Baihaqi Azizan, 25, pada Rabu lalu.

“Pada mulanya, timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu terbabit.

“Bagaimanapun, pemilik treler tidak pernah memberi kebenaran seperti itu. Pihak pengadu sudah membuat laporan polis petang kelmarin berhubung kemlangan dan kehilangan susu. Susulan itu kita buka kertas siasatan mengikut Sksyen 379 Kanun Kesksaan kerana mencuri, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, tular satu rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan penduduk mengutip susu dari treler yang terbalik selepas terbabit kemlangan di Bachok.

Akhbar melaporkan pemilik treler terbabit tidak pernah memberi kebenaran susu itu diambil dan pada masa sama merayu orang ramai memulangkan kembali kerana dia bakal berdepan kerugian RM120,000.

Dipercayai selepas itu, ada dalam kalangan orang ramai menghantar kembali susu itu di lokasi kemlangan dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Nik Aminuddin berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pemilik treler, Azizan Zainudin, 57 untuk mengambil semula susu yang dipulangkan penduduk kampung di IPD Bachok.

Sumber: hmetro via awattsheikhh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*