“Ini gambar terakhir kami bertiga di FMK” – Mawar Karim

Seperti yang sedia maklum, artis Fizo Omar dan bekas isterinya Mawar Rashid telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan mereka Fizo Mawar Kichen di Bangi dan Kelantan atas sebab tertentu. Fizo memaklumkan keputusan tersebut di dalam satu video di ruangan instagram dan pagenya sebelum ini. Fizo Mawar Kitchen telah tamat operasinya semalam.

Fizo juga bertungkus lumus beberapa hari di Fizo Mawar Kitchen untuk menyediakan sendiri makanan di sana. Ramai peminat Fizo Mawar Kitchen yang tidak melepas peluang saat akhir untuk menikmati makanan di sana terutamanya Tomyam Dragon, Daging Bakar yang menjadi antara menu best seller di Fizo Mawar Kitchen.

Bukan Fizo sahaja yang meluahkan perasaan sedihnya tentang kenangan di Fizo Mawar Kitchen, Mawar juga turut meluahkan perasaan sedihnya di ruangan instagram miliknya.

Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini. Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK
Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini.

Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’

Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam. Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’.

Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah.

Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini .

Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya. .

Mawar juga meluahkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang selama ini menyokong mereka di Fizo Mawar Kitchen.

Netizen juga ada yang merasakan sedih kerana tidak dapat lagi makan di Fizo Mawar Kitchen.

Semoga Fizo dan Mawar terus sukses di dalam bidang perniagaan masing masing. Kita doakan terbaik untuk mereka.

Sumber : Ig Mawar Karim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*