“Ingat Kak Heliza tutup mata dgn kain, pakai spek rupanya”-.Netizen

Pasangan baru berkahwin ini, DS Helisa dan DS Mahadi sekali lagi mendapat perhatian ketika bercuti diatas kapal dan bot. Ketika di atas jet ski ini, dilihat seperti mereka memakai kain menutup mata masing-masing namun bukan. Tidak seperti disangka, rupanya ia adalah sepasang kaca mata hitam yang bergaya. Macam-macam bentuk kaca mata pada zaman kini.

Dilihat daripada awal video tersebut memang merasa mereka seperti sedang menutup mata dengan kain hitam, namun semua pasti kan rasa tertipu. Jangan cepat menilai, kena tengok sampai habis setiap perkongsian.

Ds Heliza yang lebih selesa dipanggil Kakja, memakai tanpa membukanya jadi ramai beranggapan ianya kain hitam. Bila diteliti atau melihat video tersebut pasti tahu bukannya kain.

Cuba lihat sehingga akhir video pasti korang terhibur, rupanya Kakja yang membawa jet ski tersebut, amboi sampai berdiri bawanya.

Memang lawak Kakja ni, pasangan ini memang disenangi oleh ramai pihak malah peminat pun senang hati dan sedap mata memandang kerana mereka sentiasa melawak dan spontan cara lawak Kakja.

Sentiasa memberi ilmu-ilmu yang manfaat, dan sentiasa menyediakan doa dan nasihat yang baik untuk para peminat. Memang disenangi jika begini cara penyampaian ilmu yang bermanfaat.

Komen semua memuji sikap mereka yang bersahaja dan sangat menjaga kemesraan meskipun telah berkahwin. Bercinta selepas berkahwin ini lebih indah.

Antara komen yang merasa mereka lawak. Lebih lawak diakhir video ini. Laju betul Kakja bawa jet ski tersebut. Ini komen mereka.

Yang peminat tak sabar nak melihat pasangan baru ini menimang cahaya mata. Apa agaknya nama akan diberikan. Dan mesti ada nasihat diberikan. Semoga cepat menimang cahaya mata Kakja.

Sumber: ig nurhelizahelmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!