“Igtkan cerita seram td”, babak Ruhila tiba2 hlg slps jmp Ean buat netizen terhibur

Bersiaran pada episod ke 14 malam tadi, para penonton sudah tidak sabar lagi menanti pengakhiran drama Takdir yang Tertulis. Dalam episode malam tadi telah terlerai segala rahsia yang terpendam diantara Ruhila dan Ean selama ini. Akhirnya Ruhila telah mengetahui kebenaran di sebalik hubungan cinta yang tidak kesampaian antara dirinya dan juga Ean.

Ruhila juga sudah mengakui bahawa Mika ialah anak kandung mereka berdua dan Ruhila juga mengaku beliau mengahwini Azlan hanya kerana terpaksa untuk menutup aib yang ketika itu sedang mengandungkan anak Ean.  Ibu Ruhila iaitu Che Salmah rupanya selama ini menjadi dalang untuk memerangkap Ean supaya Ruhila dan Ean berpisah.

Walaupun Ean dan Ruhila masih mempunyai perasaan antara satu sama lain namun status Ruhila sebagai isteri Azlan membuatkan Ruhila tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Manakala Azlan pula masih belum mengetahui hakikat sebenar bahawa Mika bukanlah anak kandung beliau dan Ruhila.

Azlan yang mengahwini Ruhila atas dasar cinta tidak mengetahui bahawa Ruhila hanya mahukan beliau menjadi pak sanggup dan tidak mempunyai perasaan terhadapnya selama ini.

Bagaimanapun ekoran beberapa plot twist yang mendebarkan para penonton tidak mampu mengagak apa yang bakal berlaku dalam episode akhir drama tersebut.

Para penonton yang sarat dengan emosi adakalanya terbawa-bawa dengan watak dan jalan cerita di dalam drama itu hingga menyebabkan para pelakon drama berkenaan sering terkena tempias untuk penonton melepaskan kemarahan mereka.

Menerusi Instagram, pelakon Elvina yang melakonkan watak Ruhila memuatnaik sekeping gambar dengan caption yang menggambarkan babak di mana beliau dan Ean berjumpa dihadapan rumah Ruhila untuk menjelaskan alasan sebenar mereka berdua berpisah sebelum ini.

Ruhila juga memberitahu Ean bahawa walaupun mereka berdua masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain namun hubungan mereka berdua tidak mungkin akan bersatu.

Bagaimanapun Ruhila secara terburu-buru terpaksa mngalkan Ean agar tidak dilihat oleh suaminya Azlan yang sedang mencari beliau ketika itu.  Rata-rata netizen terhibur dengan babak di mana Ruhila tiba-tiba telah hiilang sekelip mata dan apabila Azlan masuk ke bilik, Ruhila telah berada di atas katil. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan netizen.

“nebes ok. Dok ok kantoi jer tadik. Pk azlan dgar korang bcakap dr atas bilik die , dh la ade koridor “ – Netizen

“pndai coverline eh ila, xjadi Azlan nak marah” – Netizen

“boleh pulak pintu belakang tak berkunci malam-malam ye, scarry gittew” – Netizen

“hahaha my husb iangat dia lari ikut Ean” – Netizen

“pepatah melayu kalau isteri cvrang pintu belakang ingatkan supergirl tadi telepot” – Netizen

“betul tu nak tahu juga masuk pintu mana, ingat terbang ker” – Netizen

“sempat pulak Ruhila bawak kunci belakang ek ahahhaha ke pakai password pintu dia” Netizen

“igt kan cter hantu td..tau2 dlm bilik dah…kee main magic “ – Netizen

Hanya berbaki lagi 1 episod terakhir dan bakal melabuhkan tirai esok, penonton masih tidak mampu mengagak pengakhiran drama ini. Banyak betul plot twist dalam drama Takdir Yang Tertulis daripada satu episode ke satu episode.

Adakah pengakhiran drama tersebut penuh duka ataupun pengakhiran yang gembira buat semua watak. Jalan cerita drama kebanyakkan hanyalah rekaan oleh penulis skrip dan pengarah sahaja. Oleh itu sebagai penonton yang waras kita perlulah bijak mengawal emosi ya.

Sumber: ig Elvina mohammad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*