Idam 13 org anak, netizen minta Nabil dan Ayda lalui alam rumah tangga terlebih dahulu

Tarikh 1 Januari bakal menyaksikan Ayda Jebat dan pasngannya Nabil Mahir memeterai tali pertunangan dengan ikatan pernikahan yang sah. Pasngan ini telah mengikat tali pertunangan pada 28 April yang lalu secara dalam talian. Majlis pertunangan diadakan secara online kerana situasi ketika itu terbatas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan. Berbaki hanya sehari sahaja lagi, Ayda diraikan oleh rakan-rakan dalam majlis istimewa sebelum bergelar isteri kepada Nabil.

Keputusan memilih tarikh 1 Januari berkenaan dibuat agar memudahkan mereka berdua mengingati hari bahagia.

Memandangkan Ayda seorang yang susah untuk mengingati tarikh maka tarikh tersebut sememangnya pilihan yang tepat.

Pasngan tersebut membuat pengumuman tarikh nikah menerusi saluran Youtube mereka sekitar bulan November yang lalu. Turut sama dikongsi semasa pengumuman itu adalah pendedahan mengenai detik perkenalan mereka berdua.

Menurut Nabil setelah beberapa kali mereka berjumpa barulah Ayda memulakan langkah pertama menghantar Direct Message (DM) melalui Instagram.

Tujuan Ayda mengirim DM adalah kerana tidak mahu mengganggu kekaasih orang lain. Perkara tersebut adalah kali pertama baginya kerana tidak pernah berbuat begitu sebelum ini. Mengakui mereka berdua cepat serasi kerana terpikat dan selesa dengan karakter masing-masing.

Berita mengenai pasngan yang bakal berkahwin ini telah mendapat liputan beberapa pengamal media. Nabil berkongsi hasratnya ingin memiliki 13 orang anak kerana menggemari nombor tersebut.

Nabil juga tidak mempunyai adik beradik yang ramai. Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Beliau dan Ayda sememangnya sukakan budak-budak dan Ayda juga tidak mempunyai masalah sekiranya dikurniakan zuriat segera.

Hasrat Nabil tersebut walaubagaimanapun menerima beberapa kritikan daripada warga maya. Alam berumahtangga ini bukanlah seindah seperti waktu sedang hangat bercinta.

Proses hamil dan bersalin juga bukan satu proses yang mudah dan memerluukan pengorbanan. Disebabkan itulah warga maya meminta pasngan ini melalui alam rumahtangga terlebih dahulu. Berikut dikongsikan komen-komen daripada netizen.

Buat Ayda dan Nabil, selamat datang ke alam rumah tangga. Walaupun pasngan ini terkilan kerana tidak dapat membuat majlis besar namun mereka akur dengan situasi terkini negara.

Mudah-mudahan urusan pernikahan Ayda dan Nabil berjalan dengan lancar pada hari jumaat  nanti. Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasngan yg sama cantik dan sama padan ini.

Sumber: Instagram erin sakura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*