“Ibu mertua terbaik di dunia, ibu mertua sy” – Fasha Sandha

Menantu wanita dan ibu mertua. Apa yang sering kita dengar adalah knflik dua insan ini yang diceritakan sering ‘paanas’ saat duduk bersama. Ada saja yang tak kena di mata kedua-duanya. Barangkali dek perempuan dengan sifat sensitifnya dan mementingkan kesempurnaan, justeru tidak boleh elak berdepan rasa itu. Apa pun bertuahnya jika menantu perempuan mendapat ibu mertua yang memahami dan menyayangi dirinya seperti anak sendiri.

Begitu juga jika sebaliknya. Memang ramai yang ada pengalaman sebegini, malah berkongsi vibes itu dengan orang di sekeliling. Tumpang happy dibuatnya.

Pelakon popular, Fasha Sandha antara yang bertuah mendapat ibu mertua yang baik. Perkara itu diakui olehnya dalam perkongsian beliau yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada ibu mertuanya di IG nya baru-baru ini.

Fasha dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada ibu mertuanya kerana menyifatkan beliau telah menjadi ibu mertua terbaik buat beliau dan dua lagi iparnya. Katanya mereka selalu bersyukur mempunya ibu mertua yang terbaik.

Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki , bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you, coret isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini di statusnya.

Dalam pada itu, Fasha menyifatkan, ibu mertuanya seorang ibu mertua yang terbaik. Kongsinya, wanita itu sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis dan sering mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.

Menurut Fasha, siapa yang mengenali ibu mertuanya itu pasti tahu, jiwa kasih sayangnya itu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Wah… begitu mendalam kasih sayang Fasha pada ibu mertuanya. Ibu mertua pun macam tu juga… Happy kan macam ni?

Dalam komen netizen pun ramai yang mengiyakan, air muka ibu mertua pelakon hebat ini sangat mendamaikan. Ramai juga yang mengakui sifatnya yang sememangnya seorang yang baik dan berhati mulia.

Tidak kurang yang menyifatkan dikurniakan ibu mertua yang baik juga satu rezeki termasuk buat Fasha. Diharapkan semoga kehidupan Fasha, Aidil, anak-anak dan sekeluarga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga berkat doa insan tersayang.

Untuk rekod, ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua buat Fasha. Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercrai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Fasha dan Aidil menyambut kelahiran cahaya mata perempuan, Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Sumber : Ig Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!