“Ia berlian Asli ” – Firman seru bersihkan nama Datuk Seri Vida

Penyanyi Indonesia Firman Siagan yang membuat d4kwaan menerima berlian paIsu daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida sebagai hadiah Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Julai lalu menukar kenyataannya pada Khamis. Firman, 41, mengesahkan berlian berupa set subang itu adalah asli selepas membuat pemeriksaan di sebuah kedai barangan kemas di Kuala Lumpur yang turut disaksikan secara eksklusif wartawan mStar, Farhan Ikram.

“Pada mulanya isteri saya yang memakai subang itu ditegur oleh seorang individu yang mendakwa ia kelihatan paIsu, saya tidak ambil pusing kerana saya percaya ia hadiah daripada sebuah program yang dianjurkan oleh Astro.

“Tapi selepas Aishah yang juga juara program tersebut membangkitkan hal ini saya rasa ingin tahu dan bimbang tentang ketulenannya. Kemudian saya membawa subang ini ke kedai emas di Bandung, Indonesia, namun mereka pula minta kemukakan sijil aslinya terlebih dahulu, ” ujarnya menerusi temu bual tersebut.

Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kehilangan melahirkan kerisauannya terhadap ketulenan hadiah yang diterima dalam program GV4 kepada media Malaysia. Firman dalam kenyataan pada 18 Julai lalu mend4kwa subang berlian berkenaan tidak bernilai seperti mana yang diumumkan.

Dalam pada itu Firman berkata, dia membuat pendedahan itu juga bagi membersihkan nama dan tanggapan neg4tif masyarakat terhadap usahawan kosmetik yang terjejas dengan tduhan tersebut. Katanya, biarpun nilai berlian itu tidak seperti diumumkan, namun dia berpuas hati dengan pengesahan tersebut.

“Saya harap rakan-rakan penyanyi yang menerima barangan kemas sebagai hadiah dalam program GV4 turut membuat pemeriksaan seperti mana yang saya lakukan hari ini bagi membersihkan tanggapan neg4tif masyarakat terhadap Vida.

“Saya juga tidak terlalu kisah tentang nilai subang berlian tersebut yang dikatakan cuma bernilai RM10,000 berbanding RM30,000 yang dinyatakan Vida, mengetahuinya sebagai barangan asli sudah cukup membuat saya berasa lega,” tambahnya.

Sebelum ini Juara program GV4, Aishah membuat pendedahan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik itu adalah paIsu.

Aishah mengetahui barangan kemas itu paIsu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai emas. Bagaimanapun, kemeIut itu sudah berakhir dan penyanyi lagu Janji Manismu itu berjaya mendapatkan g4nti rugi apabila Vida bersetuju untuk membayar harga pameran barang kemas dengan jumlah tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: mstar via ariana rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*