“Hello, yang kaya tu laki saya bukan saya” – Datin Elvina Mohamad

Kebanyakkan wanita di Malaysia pada masa kini telah memilih untuk berdikari dan bekerja demi mencari rezeki. Maka tidak hairanlah apabila kita lihat hampir semua sektor industri di negara ini telah dimonopoli oleh pekerja wanita. Malah ada juga wanita yang sudah berkahwin tetap meneruskan kerjaya mereka dengan sokongan suami dan niat membantu suami bersama-sama.

Bagi pelakon Datin Elvina Mohamad, beliau lebih memilih untuk berdikari dan berusaha mencari rezeki dalam bidang lakonan serta perniagannya meskipun suaminya seorang yang berstatus datuk. Elvina akui dirinya bukanlah seorang yang suka mengharapkan duit suami sahaja, dia lebih suka bekerja dalam bidang yang diminatinya termasuklah berniaga.

Elvina menerusi kapsyen pada posting terbarunya di Instagram mendedahkan cerita sebenar selepas beliau sering menerima soalan daripada beberapa netizen mempertikaikan Elvina yang bersusah payah berlakon dan memulakan perniagaan memandangkan suaminya sudah kaya.

Menurut Elvina lagi, dia berhasrat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan menyeru wanita di luar sana untuk semangat mencari rezeki. Elvina dikatakan baru memulakan perniagaannya iaitu produk kosmetik yang diasaskan daripada sarang burung.

Kapsyen Elvina menerima sokongan yang positif daripada peinat-peminatnya di ruangan komen. Rata-rata mereka turut bersetuju dengan Elvina.

Tidak kurang juga, rakan-rakan artis turut menggalkan komen memuji wajah cantik ibu anak satu ini.

Wah, Bagusnya Datin Elvina semangat cari duit sendiri. Walaupun suami dah kaya, dia pandai cari duit sendiri dan tak harapkan duit suami. Boleh jadi contoh untuk semua kaaum wanita dekat luar sana, sekurang-kurangnya kita dah ada duit sendiri kan?

Sumber: Instagram Elvina Mohamad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*