“Hebat sungguh sis dgn Ayda Jebat,”- Sheila Rusly ‘payung’ cara bantu pelakon jiwai watak dalam lakonan

Pengacara dan penerbit, Sheila Rusly kini sedang sibuk menerbitkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Cindai yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Menerusi posting terkini di akaun Instagram milik Sheila, dia telah berkongsi satu rakaman video disebalik tabir drama berkenaan. Rakaman vdeo tersebut kelihatan Sheila sedang membantu pelakon Ayda Jebat dalam menghayati watak dalam lakonan drama tersebut.

“C I N D A I Sis belanja the making of sikit… hope korang rasa apa yg Cindai rasa.

Lantas, rakaman vdeo yang berdurasi 1 minit itu telah menjadi perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji sikap Sheila yang membantu pelakon untuk menjiwai watak dalam lakonan.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri Cindai ini adalah Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Sebelum itu, penyanyi Ayda Jebat mengakui terkejut apabila nama pelakon baharu Oktovia Manrose tiba-tiba muncul dan didakwa menjadi punca hubungannya dengan Redza Rosli menjadi renggang.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, berkata, dia juga tidak mahu permasalahan yang berlaku di antara dirinya dengan aktor Isteri Untuk Diiktiraf dikaitkan dengan mana-mana pihak.

“Sebenarnya saya terkejut juga ada kenyataan yang sebegitu. Tiba-tiba sahaja mengaitkan nama Oktovia dalam perkara ini.

“Bagi saya tak perlu kaitkan orang lain kerana ini antara saya dan pihak di sebelah sana.

“Kalau tiba-tiba timbul itu mungkin adalah puncanya dan saya tak mahu cakap apa-apa sebab ia tiada kaitan langsung dengan saya,” ujarnya kepada mStar.


Ayda tidak mahu mengaitkan pihak ketiga dalam hubungannya bersama Redza.

Ayda ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Aura White Sparkle Diamond Skincare & Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Palace of The Golden Horses Hotel, Seri Kembangan pada Rabu.

Dalam pada itu, Ayda menjelaskan dia juga mengambil positif setiap spekulasi melibatkan hubungannya dengan Redza yang dikatakan sudah berakhir.

Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta.
– AYDA JEBAT

“Bagi saya Allah dah tunjukkan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, itupun sekiranya ada… Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik dan harapnya begitu juga dengan dia.

“Sebelum ini pun, kami memang profesional cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami mula diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” katanya.

Sebelum ini, Ayda dan Redza dikaitkan mempunyai hubungan apabila sering bersama dan memberi ucapan-ucapan romantik di laman sosial.

Ayda juga sebelum ini pernah memberitahu dia tidak menolak sekiranya ada jodoh bersama aktor berkenaan.

Sumber : Instagram Sheila Rusly via MH via lepat pisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*