“Have fun ada baby” – Ain Edruce

Diam tak diam, hanya kira-kira dua minggu lagi cukup 40 minggu pelakon cantik manis ini berbadan dua. Lazimnya dalam 38 minggu usia kandungan bagi wanita, bila-bila masa sahaja boleh jadi seseorang itu boleh melahirkan. Pastinya, aktres, Mira Filzah kini teruja dalam debaran menanti saat kelahiran cahaya mata pertama. Sudah tentu juga peminat dan pengikutnya tak sabar menunggu berita baik daripadanya. Lihat s4jalah perkongsian di IG nya ini. Ramai juga yang menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Sudah pasti sesiapa pun yang melalui momen pertama kali rasa berdebar, gamaknya berkongsi perasan itu, Mira bertanyakan pengalaman ibu-ibu yang pernah melaluinya buat kali pertama. Rakan artis, seperti Hanis Zalikha, Farah Lee, Bella Astillah, Tasha Manshahar antara yang berkongsi pengalaman.

Agak baharu juga melalui pengalaman sama, model dan pelakon, Ain Edruce pula melayangkan komen, ” Have fun ada baby”. Sudah tentu Ain sendiri sudah merasai bagaimana perasan yang turut bakal direntasi oleh Mira. Memang nampak fun Ain itu melalui perkongsian momen dengan si comel di medsosnya.

Dalam kapsyen hantarannya, Mira juga meminta perkongsian pengalaman mereka yang melalui saat pertama kali bakal bergelar ibu serupa seperti dirinya. Paling ramai berkongsi pengalaman tempoh mengandung sebelum melahirkan bayi.

“All the best Mira. Mine was 39 weeks”, “Good luck mommy Mira, moga dipermudahkan nak push nanti”, “MasyaAllah, tabarakallah.. wish u safe delivery”, “Mine betul-betul due date”, “40w. Memang nervous due date makin dekat”. Itu antara komen netizen.

Macam-macam peel orang nak bersalin yang dikongsikan netizen buat Mira, ada yang lewat. Ada yang awal. Dalam pada itu, tak kurang juga yang memuji akan ayunya wajah Mira yang masih anggun terserlah biarpun sedang sarat hamil.

Apapun didoakan moga dipermudahkan urusan bersalin dan menyambut insan baru buat Mira. Sudah semestinya ia menjadi saat manis yang akan sukar dilupakan. insyaAllah ramai yang turut akan mendoakan.

Mira bertunang dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, anak kepada pasangan ahli pol1tik Mastura Mohd Yazid dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 16 Julai 2020. Mira dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen popular lakonannya antaranya ialah Dunia Lola di mana dia memegang watak utama, sebuah rancangan hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk.

Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, merupakan seorang pelakon, pengacara dan model. Menjadi antara artis wanita yang terlaris di negara ini, antara drama terkenal lakonannya ialah Cinta Si Wedding Planner (2016), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020).

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!