“Harimau tgh kentut ke ni” – Gaya posing adik Neelofa undang sindiran netizen

Kardashian Kelantan mungkin bakal menjadi nama gelaran baru kepada keluarga ini setelah mendapat gelaran tersebut oleh para netizen kerana telah mencetuskan beberapa kontr0versi besar dalam dunia siber. Kisah kontr0versi yang melibatkan keluarga ini bermula apabila adik beradik mereka memuatnaik status di instagram story bahawa mereka tidak merestui hubungan Neelofa dan PU Rizz sehingga ada netizen membuat spekulasi dan mendakwa mereka berdua sudah menikah.

Seterusnya tersebar video tular dimana ibu mereka pula iaitu Datin Noor Kartini mahu mempatenkan nama daging harimau menangis di bungkusan produk dan tidak mahu orang lain menggunakan nama sama dengannya.

Dalam video yang tular itu Datin Noor Kartini telah meminta penjual lain menggunakan nama lain seperti nama daging harimau kentut dan sebagainya sehingga mencetus kemarahan orang ramai.

Isu yang membabitkan Datin Noor Kartini sebelum ini mengenai daging harimau menangis baru sahaja reda apabila membuat keputusan untuk membatalkan hasrat untuk mempatenkan hak ekslusif keatas nama daging harimau menangis keatas bungkusan produk beliau itu.

Penjelasan panjang lebar telah diberikan oleh Datin Noor Kartini dan setelah mengambil kira dari pelbagai sudut Datin Noor Kartini mengambil keputusan untuk membatalkan proses untuk mempatenkan nama dan cap dagangan itu bagi mengelak masalah berpanjangan.

Menerusi Instagram littlemisskhan, Ameera telah memuatnaik sekeping gambar terkini dirinya dengan gaya posing yang kurang menyenangkan. Walaupun posing sebegitu agak normal bagi seseorang yang bergelar peragawati namun aksi itu bagaimanapun telah mendapat kritikan dan sindiran sinis daripada para netizen kerana merasakan posing tersebut pelik untuk dimuatnaik di instagram.

Sebelum ini Ameera juga pernah memuatnaik gambar beliau berpakaian warna coklat yang cukup ketat di tubuh sehingga ramai salah sangka apabila melihat gambar tersebut.

Walaupun sudah mengetahui nasib yang bakal melanda namun beliau masih memuatnaik gambar tersebut untuk tatapan para pengikut akaun instagram beliau.

Mengikut beberapa komen oleh netizen gambar tersebut sekali lagi dimuatnaik selepas dipadamkan sebelum ini. Gambar yang dimuatnaik Ameera Khan itu mendapat sindiran netizen dengan menyamakan gaya itu seperti gaya harimau kentut yang merujuk kepada sindiran terhadap nama yang disebut oleh ibunya dalam video yang tular sebelum ini.

Ramai yang masih belum menerima tindakan yang dilakukan oleh Datin Noor Kartini dan masih mengaitkan perkara tersebut sehingga Ameera menerima tempias kontroversi yang berlaku. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen di bahagian komen gambar berkenaan.

“Owhh ni ke “harimau kentut” tu?” – Netizen

“POV : Tahan nak berak sambil control cantik ” – Netizen

“Saje create issue baru. Harimau menangis dah meraung” – Netizen

“Kemungkinan besar inilah gaya harimau menangis.” – Netizen

“Astaghfirullah mataku” – Netizen

“Dapatkan pil chi-kit teck aun di mana-mana farmasi” – Netizen

“Kakak usaha cari pahala…tp adiknya hmmm berubah la blom terlambat” – Netizen

Sebagai seorang yang telah dewasa dan juga merupakan seorang public figure, gerak-geri Ameera sentiasa menjadi perhatian.

Oleh itu mungkin Ameera perlu lebih berhati-hati dalam membuat penilaian secara menyuruh sebelum memuatnaik apa saja gambar di media sosial.

Sumber: ig littlemisskhan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*