“Happy Birthday Aaisyah,” Little princess Che Ta dah genap lima tahun

Siapa sahaja yang tidak kenal satu-satunya cahaya mata perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana apabila kelahiran anak pelakon popular ini dahulunya pernah dinanti-nantikan oleh netizen dan menjadi perhatian seluruh media di Malaysia. Pejam celik sudah genap lima tahun umur buat Aaisyah Dhia Rana. Selamat hari jadi Aaisyah.

Sambutan ulangtahun anak perempuan kepada pas4ngan Che Ta dan Zain Saidin yang dibuat pada hari ini disambut meriah di McD0nald Mutiara Damansara dengan bertemakan ‘Black pink’ atas permintaan Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta kemudiannya merancang sambutan hari jadi Aaisyah mengikut tema yang diminta gadis cilik tersebut. Bukan itu sahaja, rakan-rakan sekolah Aaisyah juga turut hadir memeriahkan majlis.

Menerusi posting yang dimuatnaik Che Ta di Instagram, rata-rata netizen mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat Aaisyah dan ada juga yang berkongsi tarikh hari jadi yang sama.

“Selamat hari lahir Aaisyah”-Netizen

“Happy birthday Aaisyah, kita share birth date lah.. Comelnya dia.”- Netizen

Sementara itu, akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana telah mempunyai pengikut seramai 1.5 juta yang dikelolakan sendiri oleh Che Ta dan Zain Saidin.

Selamat hari lahir buat Aaisyah Dhia Rana. Semoga membesar menjadi anak yang baik dan comel. Pandai yaa Aaisyah request nak tema Black pink hehe.

Sumber: Instagram rozitachewan1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*