“Happy adik tu tengok Zul Ariffin dekat2”- Netizen

Penghijrahan aktor kacak dan popular Zul Ariffin adalah satu berita yang cukup menyejukkan hati buat peminat-peminatnya. Siapa sangka, Zul Ariffin yang sinonim dengan watak sebagai hero malaya telah muncul dengan penampilan terbarunya yang lebih ke arah islamik. Zul Ariffin antara salah seorang selebriti lelaki yang kini sudah berhijrah ke arah kebaikan.

Zul Ariffin dilihat kini lebih fokus dan berusaha membuat kebaikan demi mencari redha Allah dengan bantuan ikonik terkenal, ustaz Ebit Lew.

Sebelum ini, Zul Ariffin pernah mengaturkan pertemuannya bersama Ustaz Ebit Lew selepas berkongsi fotonya bergambar bersama Ustaz Ebit Lew. Namun tidak diberitahu mengenai pertemuan tersebut.

Dan perkembangan terbaru Zul Ariffin pula kini beliau sedang bergiat aktif memberi sumbangan kepada insan-insan yang memerluukan bersama-sama dengan Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Lew baru baru ini telah berkongsi videonya bersama Zul Ariffin mengagihkan sumbangan bekalan makanan.

Apa yang menjadi perhatian adalah, seorang wanita yang menerima sumbangan beras daripada Zul Ariffin terkejut dan teruja selepas melihat Zul Ariffin memperkenalkan dirinya. Nampak gembira sangat penerima sumbangan itu hehe..

Malah, Video tersebut telah dikongsi oleh Zul Ariffin menerusi Instagramnya. Ramai peminat-peminat jejaka berkulit hitam manis ini cukup teruja dengan perubahan terbarunya.

Di samping teruja melihat perkembangan terbaru Zul Ariffin, rata-rata peminatnya mngalkan komen mendoakan yang terbaik buat pelakon kesayangan mereka.

Ada juga sebahagian netizen sempat mengusik Zul Ariffin menerusi ruangan komen.

“Alamak rasa macam tiba-tiba takde beras dekat rumah, bestnya Zul Ariffin tu yg dtg rumah”- Netizen

Dalam pada itu, video itu telah menerima sebanyak 241,000 tontonan dan dibanjiri oleh komen-komen daripada peminatnya.

Selain Zul Ariffin, pelakon lelaki yang pernah bertemu bersama dengan Ustaz Ebit Lew baru-baru ini ialah Haris Alif dan Norman Hakim. Semoga mereka istiqomah dalam penghijrahan yang baik ini. Aamiin.

Sumber: Instagram Zul Ariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!