“Hanis diploma je tak silap aku,”- Gadis ini persoalkan wang hantaran kahwin Hanis Zalikha hampir RM92k, 4 tahun lalu

Terdahulu, kecoh di laman media sosial mengenai nilai wang hantaran yang sepatutnya diberikan kepada kaaum wanita yang ingin mendirikan rumah tangga. Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang telah mempersoalkan nilai wang hantaran pelakon Hanis Zalikha saat diijabkabulkan bersama suaminya, Hairul Azreen, kira-kira empat tahun lalu. Individu tersebut telah mempersoalkan nilai wang hantaran yang diterima oleh Hanis sebanyak RM91,019.90 ketika mendirikan rumah tangga.

“Tengok ni hantaran Hanis Zalikha almost 92k nak ckp dia materialistik juga ke? Dia tak minta tp Hairul yg nk bg sbb tanda nk appreciate dia.

“Tengok Hanis masak dan didik ank dia mcm mana skrg? Hanis diploma je tak silap aku. Bdk minta degree korg kecam nk 15k,” tulis individu berkenaan.

Lantas, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian netizen sekaligus telah meraih lebih 1000 tanda suka di Twitter.

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan individu tersebut.

Ini kerana, netizen berpendapat bahawa individu tersebut tidak sepatutnya memberi komen dan pendapat yang sedemikian.

Bagaimanapun, individu berkenaan telah memadam entri tersebut.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 2 bulan.

Biodata Hanis Zalikha

1. Nama sebenarnya, Hanis Zalikha binti Zainal Rashid.

2. Popular sebagai Hanis Zalikha. Nama panggilannya, Keknis.

3. Lahir pada 9 Oktober 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Anak kepada pasaangan Zainal Rashid (bapa) dan Nani Rostam (ibu). Ibunya merupakan seorang model sekitar era 1980-an.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik.

6. Menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002), Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sksyen 9 (2007).

7. Pemegang diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor.

8. Bergelar penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

9. Kemunculannya sebagai pelakon di layar perak menerusi filem Momok The Movie, Gangster Celop dan Romeo Kota: Ks Fail Kriptik.

10. Di layar kaca dalam drama Memberku Hawa, Jodoh 2, Suamiku Encik Sotong dan Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa.

11. Juga telefilem Mariam Kampung Putat, Aku Benci Mama, Mama-Mama Mia dan Aku, Dia dan C70, termasuk web drama bertajuk Pertama Kali.

12. Pernah tercalon menerusi anugerah Most Influential Blog Award pada 2011 dan Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 pada 2014.

13. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih!!

Sumber: Media Hiburan via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*