Hampir Seminggu Isu Buka Tudung, Akhirnya Uqasha Senrose Buka Mulut. Ini Kata-kata Beliau Untuk Emma Maembong

Pelakon Uqasha Senrose yang pernah terpalit dengan isu membuka tudung merasakan dia tidak layak untuk memberi sebarang nasihat kepada Emma Maembong yang berhadapan isu serupa.Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 27, berkata dia tahu Emma seorang wanita yang kuat namun dia mendoakan aktres itu tabah mengharungi dugaan selepas ni.

“ Sejujurnya saya tidak layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada Emma. Itu adalah keputusannya dan setiap keputusan yang dibuat mesti ada sebab tersendiri.

“ Saya tahu dia seorang yang kuat. Apa yang boleh saya katakan dia kena sentiasa kuat dan tabah untuk menempuh apa sahaja dugaan selepas ni,” kata Uqasha kepada mStar Online.
Uqasha pernah buat keputusan serupa…

Uqasha ditemui ketika majlis memperkenalkan dia sebagai duta produk C Clean Pearl Serum di Hotel Grand Millinieum, Kuala Lumpur pada Selasa.

Uqasha mengambil keputusan untuk membuka tudung pada Ogos 2016 selepas tiga tahun berhijab.

Pada hujung Januari lalu, Emma Membong mengambil langjkah serupa selepas lima tahun bertudung.

Dalam pada itu, Uqasha berharap netizen berhenti mengaitkan dia dengan isu Emma kerana mereka mempunyai sebab yang berbeza biarpun melakukan perkara yang sama.

Masing-masing ada bahagian ujian yang berlainan. Saya dah lalui perkara itu dan ia tidak perlu diungkit kembali.
Mohon supaya tidak dikaitkan dengan isu Emma…

“ Saya harap semua orang berhenti kaitkan saya dengan isu Emma buka tudung dengan benda-benda yang lepas. Benda tu mengarut nak kaitkan benda yang dah lalu dengan sekarang.

“ Ke silapan itu dilakukan sendiri oleh dia dan saya juga melakukan ke silapan atas diri sendiri juga. Bukan disebabkan sesiapa pun.

Selepas kontroversi foto tidak berhijab bersama abang kepada Men teri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah tersebar, Emma akhirnya memilih untuk tidak lagi berhijab.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.

Emma Maembong ada alasan tersendiri buka tudung

Pelakon Emma Maembong mengakui dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memutuskan untuk tidak lagi mengenakan tudung sejak empat hari lalu.

Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, hanya dia yang tahu apakah alasan itu kerana selama ini dia bergelut dengan diri sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik.

“Tiada siapa yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Jatuh bangun saya hadapi seorang diri tanpa pernah berkongsi mengenainya kepada sesiapa pun.

“Saya ada sebab tersendiri mengapa memilih jalan ini yang tidak boleh dikongsikan kepada semua. Ini soal peribadi dan cukuplah hanya saya, Allah dan keluarga yang tahu,” ujarnya ketika ditemui di Studio Utusan sebentar tadi.

Emma bagaimanapun menafikan keputusannya membuka tudung selepas berhijab selama lima tahun dibuat kerana terke san dengan kontroversi membabitkan penyebaran gambar-gambar panasnya bersama abang Men teri Belia dan Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

“Netizen boleh kaitkan dengan sesiapa tetapi saya tidak akan menyalahkan mana-mana pihak atas keputusan ini. Sebab saya ambil jalan ini dengan rela hati tanpa pengaruh daripada sesiapa.

“Saya tidak nafikan mungkin kerana sudah terlampau lama memendam dan berhadapan dengan kecaman menjadi salah satu faktor,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Isteri Separuh Masa itu juga menjawab persoalan mengenai keberaniannya untuk muncul di hadapan awam selepas hanya beberapa hari mengumumkan tidak berhijab.

“Tiada alasan untuk saya bersembunyi sebab saya tidak akan lari daripada ke silapan yang saya lakukan sendiri. Kalau saya bersembunyi sekarang pun, lambat laun orang akan cari saya juga,” ujarnya.

Sementara itu ketika diminta mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh ayahnya Ismail Embong di Facebook semalam, Emma berkata, dia mengakui bapanya berasa kecewa dan sedih dengan keputusan yang diambilnya.

“Ibu bapa akan tetap menjadi ibu bapa yang hanya mahukan perkara terbaik untuk anak mereka. Sejujurnya, keputusan membuka tudung ini pun saya tidak beritahu atau berbincang dengan mereka.

“Ibu dan ayah saya ada juga bertanya mengapa tidak bertanya atau kongsi masalah dengan dia. Apabila sudah jadi begini, ayah cuma mahu jadi yang terbaik dan dia ada memberi saya nasihat,” ujarnya.

Semalam, Ismail Embong menerusi akaun Facebooknya ada memuat naik kenyataan dengan menulis: “Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aibmu. Dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia, sering berusaha memecahkan umat dan keluarga.”

Kenyataan itu sekali gus didakwa ditujukan buat Emma berikutan kees tersebarnya gambar panasnya bersama Syed Abdullah serta keputusannya membuka tudung empat hari lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar / newsviral / kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*