“Hampa jgnlah duk bandingkan inai Che Ta dgn inai org lain” – Che Ta

Selain mempunyai kerjaya tetap dalam industri hiburan, para artis kebanyakannya pasti akan mencari wang sampingan. Ramai diantara mereka yang memilih untuk membuat perniagaan sendiri selain dari bekerja di hadapan kamera dan peminat sahaja. Jadi, jika populariti sudah mulai merundum dan kurang panggilan dari pihak produksi juga tidak ada yang perlu dikhawatirkan lagi.

Siapa tak kenal lagi dengan gerangan pelakon cantik Rozita Che Wan yang memang terkenal dengan kecantikannya dan loghat pekat Kedahnya itu. Walaupun sudah berpuluh tahun lamanya berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, dia tidak pernah lupa tentang asal-usul loghat Kedahnya itu meski sudah bercampur dengan ramai orang.

Siapa sangka Che Ta yang dahulunya merupakan seorang pramugari penerbangan syarikat MAS ini ternyata mempunyai peluang yang cerah dalam bidang lakonan setelah meningg4lkan kerjayanya sebagai pramugari. Kini, dia juga telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pula dan telah mendapat sambutan yang hangat terhadap produk terbarunya itu.

Akan tetapi, produk inai keluarannya itu telah mendapat beberapa kritikan dan perbandingan dengan sebuah jenama inai yang lain. Ini kerana masa pelancaran produk inai keluaran Che Ta ini  tidak jauh beza lamanya dengan inai yang telah disebut-sebutkan itu.

Tidak hanya berdiam diri, Che Ta sendiri telah mengeluarkan satu video dan kenyataan yang menerangkan satu per satu pertanyaan netizen.

Dia telah meminta agar netizen berhenti untuk membandingkan produknya itu dengan orang lain kerana konsep utama dalam sesi promosi inai tersebut juga sangat berbeza kerana Che Ta sendiri menggunakan konsep tradisional melayu.

Che Ta turut menerangkan bahawa sepatutnya pelancaran produk tersebut adalah dari sebelum bulan Ramadhan lagi. Kerana kekangan masa dan kesibukan kerja, dia terpaksa menunda perkara itu sehinggalah sekarang.

Walaupun begitu, ramai mereka di luar sana yang memberi sokongan positif terhadap produk inai keluaran Che Ta. Ribuan komen untuk membeli inai ini diberikan pada video tersebut.

Mereka juga mengatakan bahawa warna inai Che Ta lebih cantik dan menarik berbanding inai yang lain.

Betul kata Che Ta, tidak kiralah berapa ramai orang yang jual inai sekali pun tetapi rezeki setiap orang pasti sudah ditetapkan. Tak perlu bandingkan dengan mana-mana produk lain kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!