“Halus mulus jari Fattah, hampir keliru dgn jari Nelydia”- Netizen

Kelibat pelakon Fasha Sandha atau nama penuh beliau Nur Fasha Sandha kini sudah semakin rancak menghiasi kembali kaca televisyen dengan beberapa drama terbaru lakonan beliau. Jika sebelum ini beliau memperlahankan aktiviti lakonan kerana kekangan cvd dan sedang sarat mengandung kini setelah melahirkan anak, Fasha kembali menerima tawaran lakonan dengan meriah. Fasha mendirikan rumahtangga bersama pelakon Aidil Aziz pada bulan Mac 2019.

Ketika ramai pelakon wanita yang seangkatan dengan beliau sudah semakin kurang mendapat tawaran berlakon, namun Fasha Sandha masih lagi menjadi pilihan ramai pengarah drama.

Ramai yang memuji kualiti lakonan dan juga cara kerja Fasha yang sejak dahulu sentiasa menjaga disiplin dirinya dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua watak yang di terajui oleh beliau.

Terkini, menerusi beberapa gambar terbaru yang dimuatnaik di Instagram pelakon filem Badang itu, Fasha telah berkongsi drama terbaru lakonan beliau iaitu Khilaf Asmara.

Drama berkenaan turut menampilkan suami kepada Nur Fazura iaitu Fattah Amin sebagai hero dan juga Nelydia Senrose sebagai gandingan bersama.

Drama berkenaan merupakan terbitan Radius One dan juga hasil buah tangan pengarah yang terkenal dengan drama bersiri Nur dan Takdir yg Tertulis iaitu Shahrulezad Mohameddin dan mendapat sentuhan pengarah Uchee Fukada.

Namun begitu, gambar yang dikongsikan oleh Fasha Sandha itu meraih perhatian para netizen kerana agak keliru dengan kedudukan tangan Nelydia sama ada pelakon jelita itu meletakkan tangannya di atas bahu Fattah ataupun sedang merangkul lengan bapa kepada si cilik Nur Fatima Aisya itu.

Kekeliruan itu juga timbul ekoran jari Fattah yang dilihat hampir seakan-akan sama dengan jari Nelydia Senrose memandangkan mereka berdua juga memiliki warna kuulit yang cerah malahan pula jari jemari Fattah Amin yang halus mulus itu juga menyerupai jari jemari seorang wanita.

Menerusi ruangan komen pula dapat dilihat para netizen juga berkata mereka keliru dengan gambar berkenaan. Ada pula netizen yang berkata mengenali sosok diri pelakon Fattah Amin mereka tidak percaya sekiranya jari berkenaan adalah jari Nelydia memandangkan Fattah Amin tidak pernah bergambar berpeluukan dengan mana-mana pelakon wanita sebelum ini.

“Aaa…sy pun ingt nelly ni rangkul lengan fattah..bru je nk ckp haha…tp mmg kena brgmbr brsentuhan ke….konpius jap sbb slama ni fatthah brgmbr xde plak cmtu” – Netizen

“ fattah mcm xpernah gmbr pelok2.. Tp mgkn auto nely yg p dekat2 dgn dia utk gmbr. Mgkn fattah serba salah nak betulkan/jauhkn kdudukan.. Sbb dua2 perempuan kat sblh “ – Netizen

“Cite antu ke nie? Sbb ade extra tngn plak kat bahu fatah. Ke mata aku slh? Huhu” – Netizen

Para peminat berkata mereka tidak sabar untuk menonton drama berkenaan memandangkan barisan pelakon yang ditampilkan di dalam drama berkenaan sangat hebat.

Peminat Fasha juga berkata pelakon berkenaan layak di gelar sebagai primadona kerana masih lagi kekal releven sehingga sekarang dan masih mampu memberikan lakonan yang sangat mantap buat para peminat beliau.

Sumber: ig fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!